Rahsia Buat Kuih Cakoi Lembut & Gebu

Share

Minum petang kalau ada kuih muih atau kudapan pasti sedap. Kuih yang simple dan mudah buat ialah cakoi. Nak lembut dan gebu rasanya boleh cuba resipi yang dikongsi ini.

CAKOI

Bahan A:

¹/2 kilo tepung gandum-beli online di sini

¹/2 peket yis mauripan-beli online di sini

Gaul bersama.

Bahan B:

2 sudu majerin-beli online di sini

2 sudu gula pasir-beli online di sini

2 sudu besar susu pekat manis-beli online di sini

Dapatkan EKOBEE 3 IN 1 INTELLIGENT MULTI-COOKER WITH STEAM TRAY dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!

Cara membuat:

1.Campur A & B. Gaul bersama.

2.Guna air sejuk peti ais. Lebih kurang 1¹/4 cawan.

3.Uli hingga adunan tak melekat dekat tangan.

4.Perap hingga naik dan kembang. Lebih kurang 1 jam atau lebih.

5.Canaikan doh dan potong ikut bentuk yang kita suka.

6.Goreng dengan api sederhana.

Sambal Air Asam

7-8 biji lada kering

3 ulas bawang puteh

5 sudu besar gula pasir

1 sudu teh garam

2 sudu tepung jagung

Cara membuat:

1.Blend hingga lumat.

2.Rebus bahan blend. Masukkan 3 keping asam keping.Letak air secukupnya. Tambah sedikit cuka makan. Tunggu hingga didih.

3.Perasakan masam,masin dan pedas secukupnya.

4.Lebihkan manis untuk sambal air asam ini.

Kredit: Rossita Omar

Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN