Kuih Puteri Ayu ni memang sedap dan lembut sangat. Kalau biasa perasa pandan, Puteri Ayu Cheese ni terbaik sangat untuk penggemar keju. Sedap berkrim keju.
Biasanya puteri ayu dasarnya ada kelapa parut, tetapi versi yang ini lapisan bawah atau dasarnya adalah berasaskan krim keju,jadilah kuih Puteri Ayu Cheese.
Bagi pencinta keju memang menepati citarasa korang. Boleh dihidang masa minum petang mahupun sarapan.
Satukan kesemua bahan-bahan cheese dan pukul hingga licin dan sebati. Ketepikan.
CARA MEMASAK : 1. Pukul telur, esen vanilla dan gula hingga kembang.
Ads
2. Masukkan ovalette dan pukul lagi hingga pekat dan gebu.
3. Masukkan santan atau susu cair & tepung dan pukul lagi hingga sebati.
4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
5. Jika nak perisa yang berlainan, boleh letakkan perisa untuk setiap bahagian.
6. Sediakan acuan puteri ayu secukupnya. Oleskan acuan dengan sedikit minyak masak.
Ads
7. Didihkan air di dalam kukusan.
8. Isikan adunan cream cheese ke dalam acuan dan kukus selama 2 minit dengan api sederhana.
9. Setelah itu, letakkan adunan berwarna hingga penuh dan kukus lagi lebih kurang 7-10 minit dengan api sederhana. Setelah masak, keluarkan dari acuan.
* Jangan lupa untuk balut tutup kukusan supaya air kukusan tidak menitis atas kuih *Gunakan api yang sederhana untuk mendapatkan kuih puteri ayu yang lembut, cantik dan gebu.
NOTA dari Aini Binte Madon : Saya masukkan adunan tepung dan adunan cheese ke dalam piping bag supaya mudah dan cepat untuk isi ke dalam acuan.
Ads
Sedap berbaloi untuk dicuba.
.
Kredit : Aini Binte Madon
ANDA GEMAR MEMBELI BELAH SECARA ONLINE, JOM LAYARI DI SINIUNTUK MENCARI PRODUK PERKAKAS DAPUR DAN BARANGAN ELEKTRIK YANG MEMUDAHKAN KERJA MEMASAK ANDA
Kuih putu kacang hijau atau biasa dikenali sebagai kuih koya memang teramat legend. Kuih warisan tradisi zaman berzaman ni bahan-bahannya paling ekonomi dan jimat hanya dua aje bahan ramuannya. Sesuai dihidang di Hari Raya, di kalangan anak muda mungkin kurang mengenali kuih tradisional ini.
Menurut catatan saranur74.blogspot.com resipi kuih ni paling ringkas bahannya iaitu berasaskan kacang hijau dan gula . Tapi yang renyahnya cara nak menyediakannya. Kalau nak mudah boleh aje beli kacang hijau yang telah dibuang kulitnya. Cuma perlu rendam, tos dan kemudian disangai atau goreng tanpa minyak hingga masak keperangan.
Lepas tu tumbuk hingga hancur dan diayak/tapis menjadi seperti tepung barulah digaul bersama gula halus. Tekan dalam acuan kayu dan akhir sekali jemur kuih tu bawah panas matahari..Jangan lupa tutup dengan kain kasa putih di atasnya.
Nanti kuih ni lembut dan peroi kejadiannya cair dimulut. Kalau makan ni jangan bercakap dekat dengan orang nanti abuknya ‘terbang’ pulak. Jom cuba buatnya…ni resipinya.
KUIH PUTU KACANG HIJAU @ KUIH KOYA
BAHAN-BAHAN :.
1 kg kacang hijau
1/2 kg gula mesin halus
CARA MEMASAK :
Goreng kacang hijau dalam kuali di atas api sederhana tanpa minyak. Goreng hingga kekuningan.
Kemudian buang kulit kacang dengan cara menumbuk dalam lesung atau kisar . Kalau tiada lesung guna kacang hijau yang sudah dibuang kulitnya dan ikut cara kacang hijau yang dah dibuang kulitnya ikut cara 1 & 3 dan seterusnya.
Setelah dibuang kulit basuh dan toskan dalam bekas tapis sayur dalam masa 2-3 jam hingga kering sedikit.
Kisar kacang hijau hingga hancur, halus dan berdebu. Ayak hingga menjadi tepung.
Jika kasar, kisar hingga halus dan ulangi mengisar kacang tersebut hingga mendapat hasil yang dinginkan.
Setelah jadi tepung, campur gula mesin tadi dan gaul sebati.
7. Ambil segenggam segengam, kepalkan dengan tangan dan tekan dalam acuan putu plastik atau kayu.
8. Ketuk acuan tadi hingga mengeluarkan bentuk putu yang tadi.
9. Susun dalam talam dan jemur selama 10-15 minit di bawah panas matahari mengeringkannya sambil ditutup dengan kain kasa atau selendang jarang untuk menghalang habuk.
10. Kemudian boleh dimasukkan ke dalam balang kuih.
Nota : Anda boleh juga bakar dalam oven selama 10 min dengan suhu 100-120 darjah celcius. Jika tak mahu jemur
Bihun goreng limau purut boleh jadi sajian sarapan bagi yang mahukan menu bihun goreng dengan citarasa berbeza.
Keistimewaannya dah tentu pada aromanya yang wangi. Tapi yang pasti ia juga sedap dan pedas. Bagi yang suka rasa ala tomyam, tentunya akan menggemari masakan ini.
Cara Buat bihun goreng limau purut
Bahan-bahan
1 bungkus bihun – rendam hingga lembut
10 helai daun limau purut
4-6 tangkai cili padi kering – dipotong halus
2 biji telur
1 kiub ayam
Isi ayam, udang dan fishcake
Kubis -dipotong kecil
Lobak merah -dipotong mancis
Garam dan sedikit gula
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Bahan kisar
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
5-6 biji cili padi
Cara memasak
1. Daun limau purut dihiris halus.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, cili kering dan daun limau purut hingga wangi.
3. Masukkan isi ayam masak hingga empuk kemudian masukkan fishcake, udang, garam, gula dan kiub ayam. Masukkan air. Biarkan mendidih.
4. Masukkan bihun dan kedua jenis sayur. Tolak bihun ketepi, pecahkan telur dan kacau. Biarkan telur garing sekejap.
5. Gaul rata dan goreng hingga bihun serta sayur jadi lembut dan masak sekata.
6. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan. Tabur daun bawang dan bawang goreng.
Bagi penggemar menu Sotong Bakar, resipi pes yang dikongsi dari saudari Rosmawati Mohammad ni antara yang terbaik untuk dicuba. Ringkas dan tidak menggunakan banyak bahan menjadikan resipi ini begitu menarik sekali. Hanya menggunakan tiga bahan utama ditambah dengan garamserta gula bagi melengkapkan rasa, lauk ini tentunya pilihan terbaik untuk membuka selera keluarga. Ada yang tak sabar nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI PES SOTONG BAKAR 3 BAHAN YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: Sotong segar secukupnya
BAHAN SOS PERAPAN: Sos 3 rasa Mahsuri (atau boleh guna campuran sos cili & sos tiram) – beli online disini 1 sudu serbuk kari – beli online disini 1 sudu teh serbuk kunyit – beli online disini Garam buluh -boleh gantikan dengan sos ikan atau garam biasa Sedikit pemanis Sweetality – boleh gantikan dengan madu atau gula biasa
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan sotong dan kelar. Jumlahnya bergantung cita rasa masing-masing. Jika guna sotong yang banyak, gandakan bahan sos perapan. 2. Satukan bahan-bahan sos perapan. Gaul semua bahan hingga rata. 3. Lumurkan pada sotong yang telah dibersihkan dan dikelar tadi. Lagi lama diperap, lagi sedap rasanya.
4. Panaskan kuali atau pan tahan lekat dan bakar sotong tadi hingga masak. 5. Bila sudah masak, angkat dan sedia untuk dinikmati.