Pulut Serunding Kelapa, Lagi Sedap Kalau Serunding DiCampur Ketumbar & Jintan Manis

Share

Pulut Serunding memang sedap dimakan untuk sarapan pagi dan minum petang. Kalau ikut resipi yang dikongsikan Fatin Damia ini dia suka serunding kelapa yang dicampur dengan ketumbar dan sedikit jintan manis.

“Rasanya pula perlu ada rasa manis dari kelapa parut itu sendiri. Sedikit pedas dan warna serunding pula mestilah oren bukan kuning dan bukan coklat. Pulutnya juga rasanya pula mesti lemak dan masak sepenuhnya. Bagi mereka yang ada masalah ‘angin’ jika makan pulut letak sedikit halia semasa menananknya,” kongsi Fatin dalam laman FB nya.

Menurutnya dengan cara ini pulut juga lambat basi. Petua yang didapatinya dari orang tua ialah kelapa yang digunakan mestilah kelapa muda. Haah.. satu lagi bila kelapa parut itu mesti bahagian putihnya sahaja.

PULUT SERUNDING KELAPA.



.

BAHAN-BAHAN :

Bahan pulut :

  • 2 cawan beras pulut rendam semalaman – beli online DI SINI
  • 2 cawan santan pekat – beli online DI SINI
  • 2-3 hiris potongan halia – beli online DI SINI
  • Garam

Bahan kisar :

  • 10 tangkai cili kering | rendam sampai lembut – beli online DI SINI
  • 1 biji bawang besar – beli online DI SINI
  • 1/2 inci halia – beli online DI SINI
  • 2 ulas bawang putih – beli online DI SINI
  • 1 sudu besar biji ketumbar – beli online DI SINI
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 2 batang serai | guna bahagian putih sahaja – beli online DI SINI
  • 1/2 cawan udang kering | rendam sampai lembut – beli online DI SINI

*Kisar semua bahan ini hingga halus

CARA MEMASAKNYA :
1. Kukus Pulut bersama santan, garam dan juga halia sampai masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
3. Masukkan kelapa parut dan beri sedikit air jika perlu. Masukkan gula dan garam sesuai selera. Guna api perlahan masak hingga semuanya kering seperti serunding.
4. Bulat – bulatkan pulut yang telah masak tadi dan golekkan ke dalam serunding kelapa.


.

5. Siap dihidangkan!

Kredit : Fatin Damia
#kakakcantik

 

INGIN MEMBELI PENGUKUS UNTUK KUKUS PULUT, JOM LAYARI DI SINI

ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI VIDEO MASAKAN INI, LEBIH BANYAK LAGI VIDEO DI YOU TUBE@Majalahrasaofficial

DAN JUGA RESIPI -RESIPI INI :

 

 

IKLAN