Resipi Pulut Dakap Orang Tua Dulu-Dulu, Memang Sedap Betul

Share

Bahan utama untuk buat pulut dakap, tentulah pisang. Jika tidak, maka tak menjadilah pulut dakap.

Pulut dakap adalah makanan tradisi yang terkenal di negeri Kelantan. Adakala, agak sukar untuk mencari kuih ini. Jadi, jika dah teringin, mahu tak mahu kenalah buat air tangan sendiri.  

Kali ini, Azura Yusoff sudi kongsikan resipi pulut dakap resipi orang tua dulu-dulu. Tak lapuk dek zaman. Pasti sedap dan asli rasanya. Jom kita cuba.

BAHAN-BAHAN:

1kg beras pulut – Boleh beli online di sini

500gm santan pekat – Boleh beli online di sini

1 gelas air

2 cawan gula – Boleh beli online di sini

3 sudu kecil garam halus 

Daun pisang (yang hijau)

Pisang tanduk (pisang kebatu / pisang nipah / pisang kelat siam atau kelat lega pun boleh)

Tali rafia (Ataupun tali getah. Saya guna tali rafia sebab ikut cara orang tua dulu-dulu)

CARA MEMASAK:

Basuh beras pulut dan rendam dalam air selama 3 jam.

Kemudian, kukus pulut sampai naik wap.

Setelah itu, masak santan, gula dan garam sehingga mendidih.

Kemudian, tutup api dan angkat periuk santan letak di bawah.

Ambil pulut yang telah dikukus tadi dan masukkan ke dalam periuk santan.

Kacau sampai sebati.

Kemudian, panaskan atas api semula dan kacau sehingga nampak keluar minyak sikit-sikit.

Setelah itu, ambil pula daun pisang dan letakkan pulut dan pisang di atasnya.

Tutupkan dengan pulut, balut dan kemudian ikat dengan tali rafia atau pun tali getah.

Dah siap, boleh lah kukus atau pun rebus. 

Saya rebus sampai kering airnya untuk elakkan pulut dakap cepat basi.

Selamat mencuba.

Inilah hasilnya.

Kredit: Azura Yusoff

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

IKLAN