Pelbagai jenis perisa puding kita boleh hasilkan mengikut kreativiti kita kalau kita rajin sebenarnya. Contohnya resipi Puding Sirap Bandung yang dihasilkan oleh Mr. Ali di Facebook ni resipinya sangat menarik dan mudah! Ada syarat penting kalau nak buat resipi Puding Sirap Bandung ni, syaratnya wajib buat lebih sebab takut tak cukup nanti berebut dengan ahli keluarga yang lain. Jom kita cuba resipi Puding Sirap Bandung ni.
Berat betul vacuum dekat rumah saya ni, nak pikul satu rumah letih betul! Nasib baik ada Primada Cordless Vacuum Cleaner MPV100 mudah sikit kerja nak vacuum rumah. Dapatkan dengan harga yang istimewa menggunakan code RASGSP5 DISINI!
PUDING SIRAP BANDUNG
BAHAN-BAHAN:
Bahagian : AGAR-AGAR SIRAP
8 gram agar2 tali
2 setengah cawan air
2 sudu makan sirap rose
50 gram gula
( Untuk bahagian ni saya pakai loyang 7 inci petak)
.
Bahagian : Putih
9 gm agar-agar tali
3 setengah cawan air
100 gram gula
130 gram susu segar
(Untuk bahagian ni saya pakai acuan macam dalam gambar saiz 8 inci”)
Ads
.
Bandung Creamy Sauce( optional)
100 gm dairy whipping cream
30 gm gula
satu titik sirap rose
CARA PENYEDIAAN:
Bahagian : AGAR-AGAR SIRAP
Letakkan 8 gm agar-agar tali dan 2 setengah cawan air. Biarkan mendidih dan agar-agar terlerai dengan elok dalam 4-5 minit. Api perlahan.
Seterusnya masukkan 50gm gula. Biarkan gula larut
Masukkan 2 sudu makan sirap rose
*Nak simpulkan daun pandan letak atas agar-agar ni pun boleh sementara nak tunggu agar-agar mendidih.
(Untuk bahagian ni saya pakai loyang 7 inci petak)
Dah mendidih, masukkan dalam loyang petak 7 atau 8 inci. Setkan dalam peti/masukkan dalam peti sementara kita buat bahagian putih pula
Ads
.
Bahagian : Putih
Masukkan 9 gm agar-agar tali dan 3 setengah cawan air. Biarkan mendidih, baru masukkan 100 gm gula.
Biar gula larut, dan masukkan 130 gm susu segar.
Kacau sebati dan biarkan mendidih selama 1-2 minit, dan tutup api.
Keluarkan agar-agar merah tadi..potong pakai pisau, potong kepada petak kecil-kecil. Rujuk gambar dan kaupkan semua agar-agar merah tadi masukkan ke dalam acuan bunga tadi. Nak pakai acuan lain pun boleh takde masalah
(Untuk bahagian ni saya pakai acuan macam dalam gambar saiz 8 inci”
Masukkan agar-agar merah yang dipotong dadu tadi ke dalam loyang..ratakan agar-agar tersebut.
TAPI pastikan suamkan dulu agar-agar putih ni lepas matikan api tunggu dalam 4-5 minit baru tuang
Tuangkan lapisan putih tadi sampai menutupi ruang dan tenggelamkan agar-agar merah tadi.
Ads
Setkan dalam peti selama 3-4 jam.
Siap dan dah boleh makan.
.
Untuk Bandung Creamy Sauce (optional)
Nak buat boleh tak nak pun takpe.
Panaskan atau double boil saja 100 gm dairy whipping cream dan 30 gm gula . Bila gula dah sebati matikan api. Api tadi perlahan saja ya.
Masukkan 1 titik sirap rose kacau sebati & tuangkan pada agar-agar yang dah siap set
Koleksi resipi kuih muih Melayu sememangnya banyak jika disenaraikan. Semuanya punyai keistimewaan yang tersendiri. Jika dibeli pun belum tentu sedap sepertimana dibuat sendiri. Lebih puas makan dimasak sendiri kerana kita tahu apa yang kurang dan lebih bahan yang mahu diletakkan. Keria Keladi tidak kurang hebatnya. Rasa setanding dengan keria gula melaka yang menggunakan ubi keledek sebagai bahan utama. RASA senaraikan kuih muih yang buat anda terliur.
Kuih Keria Keladi
BAHAN-BAHAN:
400gm keladi | kupas kulit dan rebus
150gm tepung gandum
Sedikit pewarna ungu
Garam secukupnya
UNTUK SIRA:
1 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 sudu makan air kapur
CARA MEMASAK:
1. Keladi yang telah direbus dilenyek hingga lumat. Gaulkan dgn sedikit garam dan sedikit pewarna ungu.
2. Gaulkan keladi dengan 100 gram tepung gandum dahulu. Uli hingga sebati. Kalau masih lembik, barulah tambahkan 50 gram lagi tepung sedikit-sedikit hingga boleh dibentuk. Tinggalkan sesudu tepung untuk digunakan bila membentuk doh.
3. Bentuk lah doh menjadi seperti roda. Jika melekit bolehlah gunakan lebihan tepung tadi untuk diletakkan di tapak tangan supaya tidak melekat.
4. Kemudian goreng doh tadi dalam api yang sederhana. Balik-balikkan supaya rata di kedua-dua belah. Masak hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Ulangi langkah hingga selesai. Ketepikan.
5. Dalam kuali lain, didihkan gula bersama air dan air kapur. Masak sehingga airnya hampir kering dan melekit. Tutup api, alihkan dari dapur. masukkan kuih keria. Gaulkan kuih keria sehingga gulanya serata.
6. Sedia dinikmati.
LEPAT LABU
BAHAN-BAHAN:
180gm labu | dikukus dan dilecek
100gm tepung gandum
100gm santan
85gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
1/2 biji kelapa putih parut | digaul bersama sedikit garam
Daun pisang yang dilayurkan
CARA MEMASAK:
Gaul labu bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau rata.
Seterusnya masukkan santan dan garam. Kacau lagi sehingga semua bahan mesra.
Ambil satu sudu makan adunan dan ratakan di atas daun pisang.
Letakkan kelapa parut di tengah-tengah adunan dan tutupkan dengan sedikit adunan labu di atasnya.
Bungkus memanjang dan kukus selama 25-30 minit atau sehingga masak.
TALAM PISANG
BAHAN-BAHAN:
BAHAN LAPISAN BAWAH :-
3½ cawan santan
1¼ cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
½ cawan gula
1 cawan pisang | lenyek
½ sudu teh Garam
Pewarna kuning secukupnya
BAHAN LAPISAN BAWAH :-
3 cawan santan
¾ cawan tepung gandum
¼ cawan tepung jagung
¼ cawan gula
½ sudu teh garam
2 sudu makan air pekat perahan daun pandan
CARA MEMASAK:
Guna acuan 9 inci. Sediakan lapisan bawah. Campurkan kesemua bahan, kecuali pisang lenyek, gaul sebati dan tapis.
Masak di atas api kecil sehingga naik wap.
Masukkan pisang lenyek dan masak sehingga naik wap.
Tuang ke dalam tin dan kukus selama 15 minit.
Garu permukaan dengan garpu sebelum dituangkan lapisan atas.
Untuk menyediakan lapisan atas. Campurkan kesemua bahan sehingga sebati dan tapis.
Masak di atas api kecil sehingga naik wap.
Tuang ke atas lapisan pertama tadi dan kukus selama 20 minit.
Sejukkan sebelum dipotong.
Sedia dinikmati.
KUIH BADAK BERENDAM
BAHAN DOH: 250gm tepung pulut 350ml air kisaran daun pandan 1/2 sudu teh garam Pewarna hijau dan kuning secukupnya
BAHAN INTI: 200gm kelapa parut putih 150gm gula merah 1 helai daun pandan 125ml air Gula pasir secukupnya | jika suka
BAHAN KUAH: 400ml santan 1/2 sudu makan tepung beras 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK: 1. Untuk menyediakan inti, masak gula melaka dan gula pasir bersama air dan daun pandan hingga gula larut. Tambah jumlah air jika perlu. 2. Masukkan kelapa parut dan kacau sehingga kering. Ketepikan dan biarkan sejuk sebelum dibulatkan sebesar guli. 3. Untuk kuah pula, campur semua bahan lalu dimasak sehingga pekat. Tutup api dan ketepikan. 4. Bagi menyediakan doh, larutkan garam ke dalam air pandan. Tuang sedikit demi sedikit ke dalam tepung sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk dan melekat di tangan. Bahagikan doh kepada dua bahagian dan warnakan. 5. Ambil sedikit doh dan leperkan. Letakkan inti kelapa di tengahnya dan dikelim rapat. Ulang proses sehingga doh habis. 6. Didihkan air dan masukkan doh yang dibulatkan tadi. Biar sehingga timbul di permukaan air. 7. Angkat dan toskan airnya. Masukkan ke dalam kuah yang telah siap dimasak tadi. Sedia untuk dinikmati.
TOK AJI SERBAN
BAHAN-BAHAN A
(BAHAGIAN BAWAH): 2 cawan beras pulut | dibersihkan dan tos 250ml santan cair Sedikit garam
BAHAN BAHAGIAN B
(BAHAGIAN ATAS): 3 biji telur 500ml santan pekat 150gm gula merah 150gm gula pasir
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuat bahagian pulut; masak beras pulut bersama santan. 2. Tuang pulut ke dalam loyang bersaiz 6 inci. Tekan permukaannya supaya padat. Ketepikan. 3. Untuk membuat bahagian atas; kisar semua bahan B dan tuang di atas adunan pulut tadi. Kukus selama satu jam. 4. Angkat dan biarkan sehingga agak sejuk sebelum dipotong.
Kek keju memang ada banyak versi resipinya. Asalnya daripada resipi yang panjang senarai ramuannnya, kini muncul berbagai versi Kek Keju mudah dengan sedikit bahan ramuannya. Tabiklah pada empunya resipi yang meringkaskannya.
Tapi bab rasa memang tak boleh kompromi, sedap tu weii. Jom tengok resipi dari Florence Jonathan ni.
SOUFFLE CHEESE CAKE
BAHAN-BAHAN :
3 biji telur (asingkan putih & kuning telur)
120 gram cream cheese
120 gram coklat putih
.
CARA MEMBUAT ::
1. Pukul putih telur sampai menjadi meringue (bila diterbalikkan bekas, bahan tak jatuh). Ketepikan.
2. Cairkan coklat putih (coklat dah manis) dengan menggunakan kaedah double boiler. Setelah coklat cair sepenuhnya, bolehlah tutup api dan ketepikan.
3. Masukkan cream cheese ke dalam coklat putih yang telah dcairkan tadi. Kacau adunan sampai sebati.
4. Selepas itu, masukkan pula kuning telur ke dalam adunan cheese+coklat putih tadi. Gaul sampai sebati.
5. Masukkan satu pertiga meringue ke dalam adunan cheese, kaup balikkan. Ulangi sampai habis.
6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan minyak/butter dan dilapik dengan baking paper. Panaskan oven selama lebih kurang 6-7 minit.
7. Bakar adunan kek dengan kaedah ‘bain marie’(beralaskan dulang berisi air) menggunakan suhu 170 °C selama 20 minit dan 40 minit yang berikutnya menggunakan suhu 160°C. Tempoh membakar bergantung pada oven anda. Guna api atas bawah.
8. Setelah kek masak, bolehlah dihias dengan powdered sugar atau filling ikut selera masing-masing.
Idea masakan ringkas dan mudah yang anda boleh cuba tengah hari. Resipi Daging Masak Merah ni perkongsian dari saudari Zetty Azikin. Cubalah! Pasti anda sukakan rasanya.
DAGING MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging – direbus, direndam pewarna merah & dihiris. ( jika tak suka pewarna, boleh abaikan)
3 sudu makan cili kisar
3 sudu mkakan sos cili
3 sudu makan sos tiram
6 ulas abwang putih – diketuk
8 biji cili padi merah
5 helai daun limau purut
1 biji bawang holland
1 batang lobak merah
1 biji lada benggala merah
Bunga kubis – kuantiti ikut citarasa
Kacang panjang – kuantiti ikut citarasa
Baby jagung – kuantiti ikut citarasa
1 biji tomato
1 cawan air
Sedikit serbuk pewarna merah – jika suka
Gula, garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis cili kisar hingga garing.
2. Kemudian masukkan bawang putih dan cili padi.
3. Kacau selama 2-3 minit barulah dimasukkan sos cili dan tiram.
4. Seterusnya masukkan sayur-sayuran ( kecuali bawang & tomato) dan daun limau purut. Kacau rata.
5. Masukkan air.
6. Kemudian masukkan daging. Kacau lagi hingga rata. Jika suka, boleh juga masukkan sedikit pewarna merah.
7. Akhir sekali masukkan bawang holland, tomato, garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Kacau selama 2-3 minit untuk sebatikan dan bagi bawang sedikit lembut.
Roti sosej gebu dan lembut yang mudah dibuat! Resipi roti sosej Siti Hadirah ini sesuai untuk minum petang atau bekal anak ke sekolah. Siap dalam 1 jam saja.