Puding Red Velvet Oreo. Secantik Kejadiannya, Sesedap Rasanya

Share

Puding merupakan antara pencuci mulut kegemaran ramai. Enak dinikmati sejuk-sejuk. Puding Red Velvet Oreo ini antara yang menjadi perhatian dan mengundang selera.

Untuk menghasilkan puding yang menarik dan sedap ini, boleh ikuti perkongsian resipi daripada Niza Zaini. Pasti ramai yang memuji dan menyukainya. Selepas ini, bolehlah buat menu wajib jika membuat majlis keraian dan sebagainya. Mana tahu, boleh jadi ada pula yang ingin menempah. Jom kita cuba buat.

PUDING RED VELVET OREO

BAHAN-BAHAN:

200gm tepung superfine/gandum* – Boleh beli online di sini

150gm gula kastor (nak kurangkan pun boleh)*

6 biji telur*

1 sudu teh baking powder*

25gm ovalette* – Boleh beli online di sini

100gm air*

Pewarna red velvet secukupnya* 

100gm minyak jagung/biasa – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Campurkan bahan-bahan yang bertanda (*) di atas. Mix sebati hingga kembang berganda.

Masukkan sedikit minyak jagung/ minyak biasa ke dalam bahan yang telah siap diadun.

Kacau bersama minyak sehingga sebati dan masukkan semula ke dalam adunan tepung tadi.

Kacau sebati lagi. Sedia untuk dibakar.

(LAPISAN PUTIH PUDING OREO)

BAHAN-BAHAN:

500gm santan kotak

500gm susu cair/full cream Boleh beli online di sini

100gm whipping cream (optional – yang ini saya tambah)

140gm gula halus (boleh kurangkan jika suka)

9gm agar-agar serbuk – Boleh beli online di sini

Secubit garam

2 sudu kecil tepung jagung

CARA MEMASAK:

Campurkan semua bahan. Kacau dengan api sederhana. Perlu kacau selalu, bimbang nanti hangus.

Tutup api dan biarkan suam.

Kemudian, boleh masukkan biskut Oreo yang dipatahkan.

(LAPISAN COKLAT PUDING OREO)

BAHAN-BAHAN:

900ml susu coklat Dutch Lady

9gm serbuk agar-agar – Boleh beli online di sini

1 sudu besar serbuk koko

2 sudu kecil choc paste (untuk warna yang lebih menarik)

(TOPPING)

Biskut Oreo

Loyang 9×9 inci

CARA MEMASAK:

Campurkan semua bahan. Kacau sebati.

Tutup api dan tunggu hingga suam.

Kelar atas puding putih tadi (lorek guna garpu supaya adunan melekat) tadi dan tuangkan puding coklat Oreo dan hias di atasnya dengan biskut Oreo.

Siap dan boleh disejukkan.

Selepas dipotong dan sedia untuk dinikmati.

Kredit: Niza Zaini

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN