Puding Lapis Biskut Marie, Secantik Rupa Sesedap Rasa

Share

Min cukup berkenan dengan puding ni..Cantik aje tersusun biskut Marie tu. Betul-betul membangkit selera


.

Ada tiga lapisan nih, lapisan plain@biskut Marie, lapisan susu dan lapisan Milo. Ni kaw-kaw sedap ni.Jom kita semak resipi dari Noraslinda Bugal nih.


.

PUDING LAPIS BISKUT MARIE @ PUDING MARIE TRIFFLE


.

BAHAN-BAHAN

  • 2 bungkus serbuk agar-agar.Buka dan satukan.

* Kemudian bahagi 3 bahagian.Setiap 1 bahagian dapat 2 sudu teh serbuk agar-agar


.

Bahan lapisan plain@biskut Marie :

  • 2 sudu teh serbuk agar-agar
  • 500 ml air
  • 100 gram gula pasir
  • Biskut marie secukupnya


.

CARA MEMBUATNYA:
1.Satukan serbuk agar-agar,air dan gula pasir
2.Masak di atas dapur menggunakan api sederhana.Kacau sehingga mendidih.Tapis
3.Acuan dibasahkan dengan air supaya puding mudah dikeluarkan
4.Tuang sedikit adunan atau tuang ½ adunan agar-agar ke dalam acuan.Biar sedikit keras
5.Susun biskut marie(bahagian tulisan pada biskut mestilah di susun ke bawah)
6.Kemudian tuang baki agar-agar tadi sehingga habis(masa tuang ni hati-hati ye sebab tak nak rosakkan biskut atau biskut akan jadi kembang tak cantik)seeloknya gunakan senduk dan tuang agar-agar dengan cermat.Ketepikan

Bahan lapisan susu :

  • 2 sudu teh serbuk agar-agar
  • 500 ml susu cair/susu segar(saya guna susu Dutch Lady Full Cream)
  • 30 gram gula pasir
  • 2 sudu besar susu pekat manis

CARA MEMBUATNYA :
1.Satukan kesemua bahan.Masak di atas api sederhana.Kacau sehingga mendidih.Matikan api.Tapis
2.Tuang perlahan-lahan di atas lapisan biskut marie tadi.Ketepikan

Bahan lapisan Milo:

  • 2 sudu teh serbuk agar-agar
  • 500 ml susu cair/susu segar(saya guna susu Dutch Lady Full Cream)
  • 30 gram gula pasir
  • 100 gram Milo

CARA MEMBUATNYA:
1.Satukan kesemua bahan kecuali Milo
2.Masak di atas api sederhana sehingga agak panas
3.Masukkan Milo dan kacau sehingga Milo larut dan adunan mendidih.Tutup api.Tapis
4.Tuang adunan di atas lapisan susu tadi.Sejukkan.Masukkan ke dalam peti ais


.

Kredit : Noraslinda Bugal
FB : Resepi zam

IKLAN