Puding Karamel, Kisar Je Semua Bahan. Siap!

Share

Puding karamel, kisar je semua bahan. Siap! Bukan susah pon puding karamel ni. Kisar semua dalam blender, settle.

Puding ini memang sedap dan ramai yang menyukainya tak kira kanak-kanak atau orang dewasa. Sesuai dijadikan pemanis mulut. Letak dalam peti sejuk, keluarkan bila nak makan. Memang sedap makan sejuk-sejuk.

Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Nur Amalyna Zuraidi. Gerenti sedap.

Puding Karamel

Bahan-Bahan:

8 biji telur

 1 tin susu cair (jenama Saji atau jenama lain pun boleh) – boleh beli online di sini

Sedikit air

1 cawan gula (boleh adjust ikut tahap kemanisan masing-masing) – boleh beli online di sini

1 sudu kecik esen vanilla – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Pecahkan terus telur dalam blender. Tambah susu cair ke dalam adunan.

Kemudian masukkan pula gula. Tapi ini piliham. Kalau tak suka manis sangat, boleh skip atau boleh kurangkan gula tau.

Tambah  esen vanilla.

Kemudian kisar semua bahan itu. Biar benar-benar sebati. Ketepikan.

Untuk membuat karamel; Tuang gula dan air ke dalam bekas.

Tunggu sampai dia ada buih-buih (macam dalam gambar). Kacau-kacau hingga jadi perang. Tapi jangan lambat tutup api. Takut pahit nanti.

Tuang adunan yang dikisar tadi ke dalam loyang gula karamel. Kemudian biarkan dalam periuk kukusan kita.

Kukus sekitar 45 minit. Nak tau masak elok ke tidak, cucuk cucuk ia dengan garfu.  Kalau tak tinggal kesan pada garfu masa angkat tu, maksudnya masak lah tu puding kita.

Sejukkan kejap baru la boleh terbalikkan. Tada..siap!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

IKLAN