Puding Buah Naga, Enak Dinikmati Sejuk-Sejuk

Share

Buah naga, selain dimakan begitu saja atau dijadikan salad buah, enak juga dijadikan puding. Sedap dinikmati ketika sejuk. Rasanya pun boleh disesuaikan sama ada nak manis atau kurang manis. Bahan-bahan pun mudah diperoleh.

Nak tahu cara mudah menghasilkan Puding Buah Naga yang enak? Ikuti resipi perkongsian daripada Ainafiqa Zamina ini. Memang berbaloi-baloi buat sendiri. Elok kejadiannya. Cantik warnanya dan sedap rasanya. Jom kita buat. Cuaca panas begini, enak dimakan sejuk-sejuk.

PUDING BUAH NAGA

BAHAN-BAHAN:

1 biji buah naga merah

20gm agar-agar tali – Boleh beli online di sini

Susu sejat/ susu cair – Boleh beli online di sini

1 cawan gula pasir (boleh kurangkan jika ingin kurang manis)

4 cawan air / 1000ml

Secubit garam 

CARA MEMASAK:

Buah naga dipotong dadu.

Cuci bersih agar-agar tali dan rebus dengan air sehingga larut.

Setelah agar-agar larut, masukkan susu sejat atau susu cair, gula dan garam. Kacau sehingga gula larut.

Kemudian, kecilkan api dan masukkan buah naga yang telah dipotong dadu tadi.

Kacau ‘manja’ sahaja, jangan kasar. Bimbang nanti buah naga akan hancur. Agak-agak buah tersebut dah keluarkan warna, boleh tutupkan api.

Setelah itu, tuangkan ke dalam loyang. Tunggu suam, baru boleh masuk dan sejukkan di dalam peti sejuk.

Selepas 3 jam di dalam peti sejuk, bolehlah dipotong dan sedia untuk dinikmati.

Makan sejuk-sejuk, sedap je lalu di tekak.

Kredit: Ainafiqa Zamina

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN