Puding Buah Naga Cantik Dan Sedap. Sesuai Sebagai Manisan Berbuka

Share

Puding buah naga ini memang nampak cantik kan? Tengok pun dah teruja nak memakannya. Puding ini sesuai dijadikan manisan saat berbuka. Anak-anak pun mesti teruja. Cantik kan warna puding ini?

Nak membuatnya pun tak susah. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Laili Adam ini ye (Kredit resipi asal ZUE).

Puding Buah Naga

Bahan-Bahan:

20gram agar-agar tali – boleh beli online di sini

1400ml air

1 1/2 cawan gula – boleh beli online di sini

1/2 tin @ 200ml susu cair – boleh beli online di sini

2 titis esen vanila – boleh beli online di sini

Buah naga (potong dadu kecil) 

Cara Memasak:

Dalam satu periuk, masak agar-agar dengan air sehingga aga-agar itu hancur.

Masukkan gula dan kacau sampai gula larut.

Ambil sedikit larutan agar-agar tadi dan tuangkan ke dalam acuan saiz 9×9 yang di basahkan sikit (anggaran dalam dua senduk)

Biarkan keras sedikit, barulah susun buah naga. Terpulang nak susun macam mana.

Kemudian, tuang baki agar-agar tadi sampai buah tenggelam sedikit.

Masukkan susu cair dan esen vanilla ke dalam baki aga-agar yang sudah dimasak tadi dan kacau sebati.

Tuang agar-agar susu ke dalam loyang yang ada potongan buah tadi. Masukkan ke dalam peti sejuk. Bila dah sejuk boleh potong.

Cara potong, sisipkan tepi loyang dengan pisau dn terbalikkan loyang atas papan kek dan tekan tengah-tengah loyang pelan-pelan. Terbalikkan puding.

Bermakna bahagian susu akan jadi bawah dan yang buah-buahan akan di atas.

Kemudian bolehlah potong..siap!!

Untuk puding ini, selain buah naga, boleh gunakan buah segar lain yang lembut (buah mangga, betik, pic, kiwi, strawberi dan sebagainya)

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

IKLAN