Puding Biskut Lemak Enak Dimakan Ketika Sejuk

Share

Ada tetamu nak berkunjung ke rumah. Tentulah lepas menu utama , menu pencuci mulut juga perlu difikirkan. Bolehlah buat puding.Puding biskut lemak ni mudah saja nak buat. Kalau disejukkan sebelum dimakan lagilah nikmat rasanya.

Puding Biskut Lemak

Bahan-bahan:
*25 keping biskut cracker
– rendam air panas kejap – toskan
*1/2 tin susu pekat
*4 biji telur
* Sedikit esen vanilla

Cara membuat:
1.Kisar semua bahan-bahan – boleh letak warna pilihan
2.Kukus setiap lapis 5 minit.


3.Cakar sikit dengan garfu sebelum tuang lapisan baru.
4.Lapisan last kukus 10 minit.

*sapu minyak skit pada loyang
*air kukusan mesti mendidih dulu.
*tutup tudung periuk kukus – supaya air tak menitik
Kredit: Lily Juliana

IKLAN