Pucuk Ubi Goreng Resipi Dari Ig Live Dato’ Rizalman. Mudah & Memang Sedap

Share

Pucuk Ubi Goreng merupakan sajian kampung yang digemari ramai namun ramai yang kurang tahu cara penyediaannya. Menerusi perkongsian saudari Iskamaridzah Ismail, beliau menunjukkan cara-cara menyediakan sajianyang dipelajari menerusi ig live Dato’ Rizalman Ibrahim. Nampak sedap kan? Jom cuba. Kalau makan dengan nasi panas ni, memang terangkat.

 

RESIPI PUCUK UBI GORENG 

BAHAN-BAHAN:

1 besen besar pucuk ubi – basuh bersih & keringkan
1 mangkuk kecil ikan bilis – basuh bersih, keringkan & gaul tepung beras beli online disini


2 biji bawang besar – hiris
1 keping asam gelugur beli online disini
1 inci belacan beli online disini
1 keping (sebesar tapak tangan) ikan kurau masin – goreng, kiraikan isinya & kisar kering beli online disini
Segenggam cili kering – rebus, basuh, toskan & kisar kering beli online disini
Garam & gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Panaskan kuali, tuang minyak masak yang banyak dan biarkan minyak panas.
2. Goreng pucuk ubi sehingga ranggup. Toskan.


3. Kemudian goreng ikan bilis hingga rangup. Toskan juga minyaknya.


4. Tumis bawang besar hingga garing.


5. Masukkan cili kering dan kacau. Masukkn garam dan gula secukup rasa. (gula kena letak lebih sikit) Kacau lagi.


6. Seterusnya masukkan belacan dan asam gelugur. Kacau.


7. Tumis sampai cili masak dan sedikit kering sedikit. Masak lagi.
8. Masukkan ikan kurau, kacau diikuti dengan ikan bilis. Tutup api


10. Masukkan pucuk ubi dan gaul perlahan-lahan hingga rata. Jangan gaul kasar-kasar supaya elak pucuk ubi jadi hancur.


11. Bila sudah rata elok, angkat Pucuk Ubi Goreng dan letak dalam besen atau bekas bersesuaian. Biarkan ia sejuk sendiri. Jangan sejukkan di bawah kipas.
12. Bila Pucuk Ubi Goreng sudah sejuk, masukkan ke dalam bekas kedap udara.


13. Hidangan ini mampu tahan 2 minggu.

Kredit resipi & foto: Iskamaridzah Ismail

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN