Pucuk ubi goreng cili api lauk beginilah yang mengundang selera kita.
Hidangan pucuk ubi ini kebiasaannya celur dan dicicah dengan sambal belacan ataupun dimasukkan dalam gulai.
Tapi selain itu ulam ini juga enak digoreng seperti sayuran lain. Paling sedap jika dibuat pedas dan ditambah dengan sedikit ikan bilis. Hidang dengan ikan goreng memang menambah nasi ceritanya.
Pucuk ubi muda
5 tangkai cili api
6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Sedikit ikan bilis -tumbuk kasar
1. Tumbuk kasar cili api, bawang merah dan putih serta belacan.
2. Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbu bersama ikan bilis hingga naik bau dan pecah minyak.
3. Kemudian masukkan pucuk ubi, masukkan sedikit air bersama sos tiram supaya pekat. Gaul sebati.
4. Kacau hingga sebati dan nampak kering, kemudian boleh tutup api.
Jika menggunakan pucuk ubi tua rebus dulu sebelum digoreng
Kredit resipi & foto: Dayang Senandung Azila
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA