Puas Hati Rasa Karipap Kampung Ni, Gerenti Tak Cukup Sebiji

Share

Kalau memilih kuih karipap pasti kita mencari yang licin dan tidak berjerawat. Usah dipandang pada rupa sebenarnya yang berjerawat itu lagi sedap rasanya. Biasanya karipap berjerawat ni orang tua-tua dulu suka membuatnya. Makan panas-panas memang layan.

KARIPAP KAMPUNG

KULIT KARIPAP

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

1 sudu besar tepung beras

1/2 sudu besar gula

1/2 sudu kecil garam

1 sudu besar marjerin

3 sudu besar minyak masak

Cara membuat:

  1. Gaul rata semua bahan semua kecuali minyak dan marjerin.

2.Panaskan minyak sekejap dan masukkan marjerin sehingga cair, kemudian masukkan ke dalam tepung tadi semasa panas.

3.Gaul dengan senduk sehingga semuanya sebati dan jadi seperti serbuk roti. Masukkan 1/2 cawan air sejuk dari peti ais. Uli sebati.

4.Hasil doh yang sudah siap. Saya tak perap pun.

5.Sedia untuk digelek dan tekap karipap. Nak kelim guna tangan pun boleh, nak guna acuan pun boleh. Acuan ni beli dekat shopee “acuan karipap/dumpling Maker.

6.Inti dan tepung ngam-ngam cukup dapat banyak ni.

7.Goreng dalam minyak yang banyak dan panas. Api sederhana.

 INTI KENTANG AYAM

Bahan-bahan inti:

1 biji bawang Holland saiz kecil

3 biji kentang saiz biasa

1 ketul dada ayam saiz besar (banyak pun boleh)

1 sudu besar rempah kari ayam/daging

2 cawan air

3 sudu besar gula

1 sudu kecil garam

Cara membuat:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang, ayam dan rempah kari ayam/daging.

2.Masukkan kentang, air, gula dan garam. Biarkan mendidih dan sehingga hampir kering. Bila dah hampir kering, kacau-kacau supaya rata sehingga kering sepenuhnya (guna air sederhana).

3.Hasil setelah kering. Saya suka kentang berbiji dan empuk begini je. Kalau suka lembik, tambah air dan masak lebih lama.

4.Hasilnya, sedap makan panas-panas.

Kredit: Missz Amira

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa

IKLAN