Puan Nurha Bermurah Hati Kongsi Rahsia Resipi Spagetti Seafood Aglio Olio Nya Jadi Rebutan!

Share

Spagetti seafood aglio olio memang sedap kalau betul cara walaupun masakannya nampak simple. Puan Nurha Muhammad bermurah hati berkongsi resipi yang beliau buat untuk jualan dan ambil order dari rakan-rakan pejabat. Kini tiadah rahsia lagi, wajib cuba!

 

RESIPI SPAGETTI SEAFOOD AGLIO ALIO

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket spagetti ( saya guna jenama san remo)
  • 1kg seafood (udang & sotong)
  • 1/2 cawan minyak zaitun
  • 1 labu bawang putih dicincang halus
  • 3 sudu besar oregano flakes
  • 3 sudu besar parsely flakes
  • 3 sudu besar chili flakes (kurangkan jika xsuka pedas)
  • 1 sudu teh blackpeper flakes
  • 1 sudu teh garam
  • 1 kiub pati ayam knorr
  • Tomato ceri

CARA MEMASAK:


1. Rebus air hingga mendidih. Masukkan 1/2 sudu besar garam halus & sedikit minyak masak. Bila air mendidih baru masukkan spaggeti . Masa memasak ikut arahan pada plastik spaggeti ye. Kalau san remo 12minit. Jangan tutup spaggeti ketika merebus utk elak banjir dapur anda.
2. Dalam kuali lain, masukkan minyak zaitun & tumis bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan sotong, udang & kiub ayam. Kacau hingga masak.
3. Masukkan parsley, oregano, cili flakes,garam dan blackpepper . Kacau rata kemudian masukkan spaggeti dan kacau hingga sebati. Siap
4. Hiaskan dengan daun parsley (jika ada) & tomato ceri.

 

Kongsi resipi: Nurha Muhammad

IKLAN