Makan

Prata Lapis Daging Kurma, Sedap Makan Panas-Panas

Share

Buat anda yang sedang mencari hidangan mudah untuk dinikmati bersama keluarga, jom cuba resipi Prata Lapis Daging Kurma yang istimewa ni. Sangat enak dimakan panas-panas. Boleh bertambah-tambah dibuatnya. Lagi-lagi untuk waktu sahur atau berbuka nanti. Nak lagi sedap, tambahkan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes untuk kerak perang keemasan yang sempurna dan memikat selera. Jom cuba.

PRATA LAPIS DAGING KURMA

BAHAN-BAHAN:

  • 6-8 keping prata segera – grill atas kuali leper hingga masak
  • 150gram Perfect Italiano Perfect Bakes

BAHAN KURMA DAGING:

  • 400gram daging – dadu kecil
  • 250ml Anchor Cooking Cream
  • 125gram Anchor Unsalted Butter
  • 200ml air
  • 1 labu bawang besar – belah empat
  • 1 biji tomato – belah 4
  • 2 biji cili merah – belah 2
  • 8 biji bawang merah – kisar
  • 3 ulas bawang putih – kisar
  • 2sm halia – kisar
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu makan rempah empat sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & cengkih)
  • 4 sudu makan serbuk kurma
  • 1 sudu makan serbuk garam masala
  • 1 sudu teh serbuk perasa
  • Garam secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Untuk memasak kurma daging; cairkan Anchor Unsalted Butter di dalam periuk. Tumis herba 4 sekawan dan daun kari hingga wangi.  Masukkan bahan-bahan kisar beserta rempah kurma dan serbuk garam masala.  Kacau rata dan masak hingga rempah pecah minyak.
  2. Masukkan daging dan air. Didihkan hingga daging hampir empuk.
  3. Masukkan Anchor Cooking Cream, bawang besar, tomato dan cili merah. Masukkan serbuk perasa. Didihkan hingga semua bahan masak.
  4. Tambah garam secukupnya. Sejukkan.
  5. Untuk membuat lapisan prata daging; sediakan mangkuk/casserole tahan panas. Sapu dengan lebihan Anchor Unsalted Butter
    .
  6. Letakkan 1-2 keping prata yang telah masak. Sendukkan kurma daging di atas prata lalu ratakan. Tabur Perfect Italiano Perfect Bakes Ulangi proses hingga menjadi beberapa lapisan dan diakhiri dengan taburan Perfect Italiano Perfect Bakes di bahagian atas.
  7. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 20-25 minit atau hingga keperang-perangan.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN