Potong daging melintang urat biasa kita dengar, ia untuk memastikan daging yang dimasak tidak liat dan mudah dikunyah.
Tapi walau selalu dengar, ada juga tak tahu macam mana yang dikatakan melintang urat. Untuk yang tak tahu boleh rujuk cara ini ya!
Boleh nampak kan urat daging yang berjalur-jalur.
Anak panah biru menandakan arah urat daging
Anak panah hitam cara potong daging yang betul.
Memotong daging melintang urat ini akan memastikan daging lebih senang untuk dikunyah,tak liat berbanding mengikut urat.
Pastikan potong daging nanti ikut cara melintang urat bukan ikut urat!
Bekukan separa daging sebelum potong
Letak daging dalam peti sejuk beku selama 30–60 minit hingga separa keras. Ini membantu daging jadi lebih pejal dan senang dipotong nipis dan sekata, terutama untuk hirisan nipis seperti daging bakar atau tumis.
Gunakan pisau yang betul dan tajam
Pisau tumpul akan merosakkan tekstur daging dan boleh menyebabkan irisan jadi tidak sekata. Gunakan pisau daging yang lebar dan tajam untuk potongan yang lebih licin dan kemas.
Potong mengikut jenis masakan
Untuk goreng, potong nipis supaya cepat masak. Untuk sup atau rendang, boleh potong agak tebal atau sederhana. Cara potongan mempengaruhi masa masak dan kelembutan daging.
Buang lebihan lemak dan urat keras
Potong keluar bahagian lemak berlebihan atau tisu keras (tendon) yang boleh buat daging liat. Ini juga bantu kuah masakan tak jadi terlalu berminyak.
Potong daging dalam saiz yang sekata
Saiz potongan yang seragam penting untuk memastikan semua daging masak serentak. Kalau ada yang tebal dan nipis bercampur, nanti ada yang mentah, ada yang terlebih masak.
Sumber: Jerckyholic
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA