Popia Sayur & Daging Burger Dicicah Dengan Sos, Gerenti Licin Sepinggan

Share

Menu petang apa yang ingin dihidangkan buat keluarga? Jom kita buat popia sayur dan daging burger. Resipi yang dikongsi ini pasti menjadi kesukaan ramai. Ikut langkah demi langkah membuatnya pasti menjadi.

Popia ni sedap, penuh dengan sayuran dan rasa daging burger yang enak. Kerangupan popia yang tak boleh bawa bincang, dicicah pula dengan sos pencicah. Confirm licin sepinggan.Buat banyak-banyak boleh disejukbeku.

POPIA SAYUR & DAGING BURGER

Bahan-bahan:

Sepeket kulit popia


3 keping burger daging. (Nak guna burger ayam pun boleh) nak isi lebih pun ok
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih diracik
Kubis
Lobak merah
Kacang buncis
Lada sulah

Cara membuat:

1.Kubis dan lobak merah disagat. Kacang buncis dihiris nipis-nipis.

2.Panaskan kuali. Isi sedikit minyak. Gorengkan burger daging yang telah didadu kecil. Goreng sehingga separuh masak.

3.Lalu dimasukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga bawang-bawang layu dan daging burger betul-betul masak.

4.Macam ni kejadiannya.

5.Masukkan sedikit garam.

6.Maggi cukup rasa.

7.Letakkan sedikit gula.

8.Diikuti lada sulah. Kacau sebati.

9.Kemudian masukkan sayuran dan kacau sebati.

10.Tumis sekejap. Agak agak dah layu sikit terus tutup api.

11.Alihkan ke dalam bekas yang berlubang untuk menapis air yang keluar. Bawah bekas tu lapik dengan bekas lain.

12.Bancuh 2 sudu besar tepung gandum dengan air untuk dijadikan gam pada kulit popia.

13.Ambil sekeping kulit popia.

14.Sudukan inti.

15.Lipat sedikit dan di hujung kulit popia disapu dengan bancuhan tepung.

16.Gulung kemas-kemas. Buat sampai habis.

17.Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng popia tadi dengan menggunakan api sederhana perlahan.

18.Angkat dan toskan.

19.Sedia dihidangkan untuk minum petang bersama keluarga. 

Kredit: Rosni Musa

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa

 

 

IKLAN