Pizza Special Hanya 20 Ringgit! Abe Pizza Kini Makin Dikenali.

Share

Tuah ayam nampak di kaki, tuang orang siapa yang tahu. Begitulah agaknya rezeki tak tersangka yang diperolehi oleh anak muda dari Kg Alor Pasir, Pasir Puteh Kelantan ini.

Berusia 24 tahun, Mohamad Amirul Hakim bin Mohd Sanusi atau lebih mesra disapa dengan nama Abe, tidak menyangka niat yang pada asalnya yang hanya mahu membuat pizza semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk disedekahkan pada ahli keluarga dan jiran-jiran, akhirnya menjadi sumber pendapatan lumayan buatnya.

Tidak memiliki apa-apa asas dalam dunia bakeri tidak menghalang anak muda ini untuk mencuba sesuatu yang baru. Berbekalkan minat yang mendalam serta RND bersama keluarga bagi menghasilkan resipi doh dan topping pizza terbaik, akhirnya usaha itu membuahkan hasil.

Secara maksimum, sebanyak 150 biji pizza boleh dihasilkan pada setiap hari. Permintaan sebenarnya lebih dari jumlah tersebut namun beliau menghadkan bilangan pengeluaran supaya kualiti pizza yang dihasilkan dapat dijaga.

Keistimewaan Abe Pizza terletak pada resipinya yang diolah sendiri. Rotinya yang lembut diadun segar setiap hari menggunakan tepung berkualiti tinggi. Malah pemilihan ‘topping’nya juga menggunakan bahan-bahan terbaik yang premium dan halal. Patutlah bila sudah sekali rasa Abe Pizza ni, makin ramai yang akan ‘repeat order’. Memang terbaik.

Abe Pizza menawarkan dua perisa buat para pelanggan iaitu Chicken Supreme dan Beef Pepperoni. Kedua-duanya mendapat permintaan yang sangat tinggi. Malah beliau juga bercadang untuk menambah pelbagai lagi pilihan ‘topping’ di masa akan datang.

Bagi yang ingin mencuba, setiap minggu Abe Pizza hanya beroperasi selama 5 hari sahaja dan tutup pada hujung minggu. Namun jika bercadang untuk menempah pizza untuk sebarang majlis, Abe Pizza juga menerima tempahan dalam kuantiti yang banyak.

Buat masa ini, perniagaan dijalankan di rumah namun graduan Ijazah dalam bidang Teknologi Maklumat dari Universiti Sultan Zainal Abidin ini juga sedang dalam proses mengubahsuai kedai untuk mengembangkan lagi perniagaan serta dalam masa yang sama memudahkan pelanggan untuk mendapatkan pizza kegemaran mereka.

Bagi yang berminat, anda boleh menempah pizza melalui FB Abe Pizza atau Instagram AbePizza_. Harga yang ditawarkan sangat-sangat berpatutan dan mampu milik. Saiznya adalah saiz hidangan keluarga dan berharga RM15 (pizza biasa), RM18 (untuk keju extra) dan RM20 (pizza special) dan perkhidmatan delivery juga disediakan.

Selamat mencuba!

 

Tercari-cari OVEN baru yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik. 

 

Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:


Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN