Pisang Mentega Dengan Sos Kastard Sedap Dimakan Bila-Bila Masa

Share

Pisang mentega Dengan sos kastard. Kombinasi itu memang sedap. Kata orang, memang layan habis. Dinikmati sebagai pencuci mulut.

Tapi, sebenarnya ia boleh dimakan pada bila-bila masa saja. Untuk minum petang pun boleh. Tak ada masalah. Okay, nak tahu resipinya? Ikuti perkongsian daripada puan Fatien Zaini 

Bahan yang diperlukan juga taklah terlalu banyak sangat. Mesti anak-anak suka kerana ada rasa manis dan lemak. 

Pisang Mentega Dengan Sos Kastard

Bahan-bahan:

Pisang

 Butter/mentega – boleh beli online di sini

1 tin susu cair – boleh beli online di sini

1/2 tin air

 2 sudu besar tepung kastard – boleh beli online di sini

 3 sudu besar gula (ikut kemanisan yang kita nak)

1 biji kuning telur

Mixed fruit

 1 helai daun pandan

Cara Memasak:

Cairkan sedikit butter/mentega di dalam kuali non stick dan gorengkan pisang sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

Campurkan susu cair, air, tepung kastard, gula, kuning telur dan kacau sebati.

Masukkan daun pandan dan masak sehingga kuah menjadi pekat.

Biarkan kuah suam barulah letak atas pisang tadi dan tabur mixed fruit..Siap untuk dimakan!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

IKLAN