Berpindah ke rumah baru, tentunya banyak perkara perlu disiapkan. Salah satu tempat terpenting dalam rumah baru perlu disiapkan adalah dapur.
Untuk memastikan dapur kemas dan selesa. Oleh itu, fikirkan peralatan asas dan wajib sahaja perlu dibawa atau dibeli baru bagi memudahkan aktiviti memasak sesuai dengan saiz dapur baru anda.
Ingat! anda beli peralatan dapur ikut keperluan bukan ikut kemahuan untuk mengelakkan pembaziran. Sebagai permulaan lima peralatan ini sudah memadai.
Berikut lima peralatan dapur yang wajib dis di dapur rumah baru anda:-
Dapur:
Dapur adalah barang wajib ada di dapur, anda boleh memilih dapur gas atau elektrik. Ikut kemampuan dan keperluan anda. Dapur gas lebih murah tetapi berhati-hati, ia mudah meletop. Dapur elektrik, pilihan lebih selamat dan tidak meninggalkan kesan hitam pada periuk dan kuali anda.
Ads
Peralatan makan dan memasak:
Wajib beli atau dibawa dari rumah lama adalah peralatan makan seperti pinggan mangkuk, sudu garpu serta gelas. Selain itu anda juga perlukan fikirkan peralatan memasak seperti periuk, kuali, sudik, pisau dan papan pemotong. Semua ini adalah asas memasak dan makan.
Rak:
Tidak mahu dapur berselerak? Rak adalah penyelesaian paling mudah, beli rak atau almari bagi memudahkan anda menyimpan peralatan makan dan memasak agar lebih kemas. Susun dan asingkan mengikut kekerapan penggunaannyaa agar mudah dicari bila diperlukan.
Ads
Peti sejuk:
Peti sejuk adalah keperluan untuk menyimpan bahan makan basah agar tahan lebih lama. Ia membantu anda mengekalkan ketahanan dan kesegaran makanan yang disimpan.
Ketuhar:
Anda yang suka baking, ketuhar juga boleh difikirkan. Selain itu ketuhar juga boleh digunakan untuk memanggang lauk pauk.
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ikan bilis goreng memang enak. Teksturnya yang rangup serta berperisa menjadikan ia sesuai dinikmati bersama hidangan nasi dan sebagainya. Ramai juga dikalangan ibu-ibu yang gemar menyimpan stok ikan bilis goreng tetapi ada kalanya ikan bilis yang digoreng menjadi tidak rangup dan kurang enak setelah lama disimpan. Petua-petua di bawah boleh membantu anda.
1. PILIH IKAN BILIS BERKUALITI
Terdapat pelbagai jenis ikan bilis yang dijual dan harganya juga berbeza mengikut gred serta kualiti. Untuk mendapatkan ikan bilis goreng yang mudah dimasak, garing serta enak, guna ikan bilis yang berkualiti. Ia boleh dilihat dari segi ikan bilis yang bersih, berwarna terang dan tidak hapak.
2. GUNA BILIS SAIZ SEDERHANA
Sebelum membeli ikan bilis, pilih ikan bilis yang bersaiz sederhana dan tidak terlalu besar. Bilis yang besar lebih liat serta agak lambat untuk garing ketika digoreng.
3. PASTIKAN BETUL-BETUL KERING
Selepas membasuh ikan bilis, pastikan ia dikeringkan dengan sepenuhnya sebelum dimasak. Guna tisu dapur sudah memadai bagi mengurangkan kelembapan.
4. TAMBAH CUKA
Ada juga yang menggunakan cuka bagi mendapatkan bilis goreng yang rangup. Caranya mudah sahaja, masukkan ikan bilis ke dalam bekas dan renjiskan cuka hingga rata. Biarkan 5 minit dan goreng seperti biasa. Sebelum menggoreng, pastikan minyak telah dipanaskan terlebih dahulu dalam kuantiti yang secukupnya.
5. GORENG GUNA MINYAK PANAS
Setelah ikan bilis goreng sejuk, masukkan segera ke dalam balang kedap udara. Ia amat penting bagi mengelakkan ikan bilis masuk angin dan menjadi lemau.
6. GUNA API SEDERHANA
Semasa menggoreng, perlahankan api agar ikan bilis yang digoreng tidak cepat hangus. Guna api sederhana dan masak sehingga ikan bilis menjadi kuning keemasan.
7. TOS MINYAK SEPENUHNYA
Setelah diangkat, toskan lebihan minyak menggunakan tisu dapur. Ia bagi mengelakkan ikan bilis menjadi berminyak sewaktu disimpan.
8. SIMPAN DALAM BEKAS KEDAP UDARA
9. GORENG SECARA BERPERINGKAT
Jika anda mahu menggoreng ikan bilis dalam kuantiti yang banyak, lakukan secara berperingkat. Elakkan menggoreng dalam kuantiti yang banyak secara sekaligus. Ia bukan sahaja menjadikan ikan bilis tidak garing bahkan melambatkan proses memasak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Semut memang suka merayap dan membuat sarang di dalam rumah kita kan. Walaupun tidak bahaya tetapi kalau dibiarkan berleluasa kemungkinan akan memudaratkan kesihatan kita. Betul tak?
Kalau selalu guna racun serangga pun tidak bagus juga untuk kesihatan kita. Jadi, melalui perkongsian Farah Fara wanita ini berkongsi tip tentang bagaimana nak buat ‘racun semula jadi’ untuk menghalau semut semut ini.
Bahannya mudah sahaja. Senang hendak buat pula. Pendek kata tidak perlukan modal pun.
PETUA HALAU SEMUT DI DALAM RUMAH DENGAN SATU BAHAN SAHAJA
BAHAN:
Kulit telur (cuci dan keringkan)
CARA BUAT:
1. Anda cucilah bersih-bersih kulit telur itu. Kemudian keringkan, tidak kisahlah jemur atau apa-apa cara sekali pun asalkan kulit telur kering.
2. Selepas itu anda hancurkan kulit telur itu sampai jadi serbuk atau cebisan kecil-kecil. Anda boleh pilih hendak guna lesung batu ke pengisar ke janji kulit telur itu hancur.
3. Kemudian bakar atau goreng tanpa minyak serbuk kulit telur itu sampailah ia garing. Tutup api dan biarkan sejuk sebentar.
4. Selepas itu anda bolehlah ambil serbuk kulit telur itu dan taburlah di kawasan laluan semut itu atau di kawasan semut selalu ‘lepak.’
5. Kalau ada lebihan serbuk kulit telur itu jangan pula dibuang. Simpan dalam bekas, nanti boleh ulang guna. Tidaklah membazir.
6. Dalam dua tiga hari kalau nampak serbuk kulit telur yang kita tabur sebelum ini sudah berkurang, bolehlah tabur sekali lagi.
Menurut pengamal petua ini iaitu Farah Fara, dia sudah lama mempraktikkan petua ini. Nampaknya berhasil setakat ini. Biasanya wanita ini meletakkan serpihan kulit telur ini di dalam laci kabinet dan di tepi dinding.
Jimat, mudah dan In Sha Alllah berkesan. Selamat mencuba.
Inilah cara Kak Feena simpan sayur dan bahan-bahan lain supaya tahan lama. Maklumlah beli barang dapur 2 minggu sekali. Kak Feena rasa tips ini paling mudah dan bagus.
Setiap kali ke pasar, pastinya geram melihat aneka sayur-sayuran segar yang dijual. Memang ralit memilih. Begitu juga jika pergi ke Cameron Highland. Sayur-sayuran antara yang wajib diborong. Namun bila dah banyak ni, macam mana pula nak pastikan ia boleh kekal segar dalam jangka masa yang lama? Petua dan panduan perkongsianAzlin Safena Azihar ini boleh anda cuba.
1. CARA SIMPAN SAYUR SUPAYA TAHAN LAMA
LANGKAH 1: Rendam semua sayur yang kita beli dalam air selama 5-10 minit.
Kalau sayur kangkung atau bayam, anda boleh rendam tapi asingkan dengan sayur lain , sebab bayam atau kangkung dia berpasir kan. Tak perlu potong pun akar dia , potong masa kita nak guna je.
Tapi macam Kak Feena memang dah basuh betul-betul bayam tu dan confident dah tak berpasir, tu yang rendam sekali.
LANGKAH 2: Campur kan sesudu garam / ikut banyak mana sayur kita tu.
tujuan tambah garam dalam air tadi untuk buang bahan kimia pada sayur.
LANGKAH 3: Kemudian, toskan sayur sehingga kering.
LANGKAH 4: Boleh simpan sayur dalam bekas kedap udara/ziplock bag.
2. SERAI, LENGKUAS, HALIA & KUNYIT
Untuk lengkuas dan serai, boleh simpan dalam balang yang diisi air. Caranya:
i. Isi je air penuh-penuh, kemudian rendam lengkuas/serai dalamnya. Pastikan tutup balang dengan rapat tau.
ii. Boleh gak buat cara yang sama untuk halia dan kunyit hidup.
iii. Tak perlu tukar air tiap hari , tukar 2 minggu sekali pun okay.
3. DAUN SUP
Untuk daun sup, simpan dalam botol air je. Boleh juga guna botol mineral yang dipotong dan letak air sikit je. Pastikan hujung akar je yang kena air. Kalau batang dia kena air, nanti cepat lembik dan rosak. Letak kat peti sejuk tau. Cara ini boleh bertahan sampai sebulan.
4. BAWANG
Jangan simpan bawang bersama ubi kentang kerana ia akan merosakkan bawang dengan cepat. Gas yang dihasilkan oleh keduanya akan saling menjadikannya cepat rosak. Jika bawang disimpan di tempat yang kering, ia akan bertahan hingga 2-3 bulan.
5. TOMATO
Bahagian tangkai tomato,kawasan yang paling sensitif. Bahagian ini adalah bahagian yang akan mula rosak. Nak simpan tomato supaya tahan lama, bahagian tersebut menghala ke atas tau. Jangan nak main golek-golek je, tu yang cepat rosak atau lembik.
6. UBI KENTANG
Ubi kentang tak elok kena matahari secara terus sebab ia akan cepat rosak.Jadi untuk menyimpannya, letakkan di tempat yang tak panas atau simpan sekali dengan epal. Kentang akan lebih tahan lama bila dia disimpan bersama epal tau. Tak percaya? Cubalah.
7. CILI
Sebelum simpan cili merah dan cili hijau dalam peti ais, cabut tangkainya terlebih dahulu. Ini kerana tangkai selalu akan rosak dulu dan menyebabkan semua cili rosak. Jadi lepas patahkan tangkai, bungkus cili dalam tisu atau surat khabar. Masukkan bawang putih untuk cili lagi tahan lama.
Kalau Kak Feena nak guna cili, Kak Feena akan ambil beberapa batang je yang lebih akak akan lap semula untuk pastikan dia sentiasa kering.
Nak beli BAHAN SEGAR untuk masak tapi kurang rajin nak ke pasar? Jangan risau. Beli je secara online DISINI. Pilih, bayar & tunggu barang sampai. Mudah kan?
Jom cuba resipi bawah ni. Memang mudah, sedap & gerenti jadi.
Masrio memperkenalkan ayam gepuk premium dengan sambal segar, kualiti konsisten dan peluang rakan niaga eksklusif, sekali gus bersedia menjadi pilihan rakyat Malaysia.