Sekarang ni rendang bukan hanya tunggu raya baru boleh makan, bila-bila teringin boleh masak sendiri ye..Istimewanya rendang bukan hanya boleh dipadankan dengan nasi putih semata tetapi juga boleh dimakan dengan nasi impit lemang, pulut, roti dan juga boeh dijadikan inti pizza. Perghhh sedapnya…Kalau korang teringin nak cuba ini lima pilihan  rendang yang dikongsikan:-

 Lima Jenis Rendang Boleh Buat Sendiri, Perghhh Sedapnya.

RENDANG DAGING KERBAU

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging kerbau  | dihiris lebar
  • 1liter santan pekat
  • 500ml santan cair
  • 4 sudu makan kerisik
  • 3 batang serai | dititik
  • 3cm lengkuas | dititik
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis secukupnya

Bahan Kisar:

  • 10 biji bawang merah
  • 10 tangkai cili kering
  • 6 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 3cmkunyit hidup
  • 3 batang serai

CARA MEAMSAK:

  1. Bersihkan daging dan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan daging, kacau rata, dan biarkan air daging keluar.
  4. Setelah air daging kering masukkan santan cair, biarkan mereneh hingga daging empuk.
  5. Masukkan pula santan pekat, air asam, garam dan gula secukupnya.
  6. Apabila timbul minyak, kecilkan api dan masukkan kerisik.
  7. Teruskan kacau hingga kuah rendang pekat atau kering. Bergantung kepada citarasa anda.Lima Jenis Rendang Boleh Buat Sendiri, Perghhh Sedapnya.

RENDANG AYAM DAUN KUNYIT

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1kg ayam | potong sederhana
  • 500ml santan pekat
  • 1 helai daun kunyit | dicarik-carik
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • Bahan kisar:
  • 10 tangkai cili kering
  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm lengkuas
  • 2cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan ayam, kemudan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, kacau lagi hingga ayam kecut dan airnya kering.
  4. Seterusnya masukkan santan dan asam gelugor, biarkan mereneh.
  5. Apabila ayam empuk, keluarkan dan ketepikan seketika.
  6. Masukkan garam dan gula, biarkan mereneh hingga kuah pekat.
  7. Masukkan semua ayam bersama daun kunyit.
  8. Kecilkan api biarkan ia mereneh di atas api sederhana sehingga rendang mengeluarkan minyak.
  9. Sedia dihidangkan bersama Nasi Tomato.Lima Jenis Rendang Boleh Buat Sendiri, Perghhh Sedapnya.

RENDANG PEDAS UDANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg udang saiz XL |dibersihkan dan tos
  • 1liter santan pekat
  • 2 helai daun kunyit | dicarik-carik
  • 3 batang serai | dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:

  • 10 tangkai cili kering
  • 3 tangkai cili kering
  • 8 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 3cm lengkuas
  • 3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Masukkan santan dalam kuali bersama bahan kisar.
  2. Masak sehingga kuah hampir pekat.
  3. Seterusnya, masukkan udang, daun kunyit, serai, asam gelugor, garam dan gula secukupnya.
  4. Kecilkan api dan kacau selalu sehingga rendang kering.
  5. Sedia dihidangkan.

 Lima Jenis Rendang Boleh Buat Sendiri, Perghhh Sedapnya.

RENDANG TOK

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging batang pinang |dipotong dadu
  • 1 ½ liter santan
  • 4 sudu makan kerisik
  • 2 helai daun kunyit | disiat-siat
  • 4 helai daun salam
  • 3 batang serai | dititik
  • Rempah penumis | bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih
  • 1 keping gula Melaka
  • Minyak untuk menunis

Bahan Sangai Dan Kisar Kasar:

  • 2 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • Bahan Kisar:
  • 15 tangkai cili kering
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm lengkuas
  • 4 batang serai
  • 3cm halia
  • 3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Perapkan daging dengan sedikit bahan kisar lebih kurang dua jam.
  2. Panaskan minyak, tumiskan serai titik, rempah penumis dan bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan daging yang telah diperap dan kacau hingga air daging kering.
  4. Masukkan santan, garam gula Melaka, separuh dari kerisik, daun kunyit dan daun salam. Kacau sekali sekala.
  5. Bila kuah pekat dan daging empuk. Masukkan bahan sangai dan sebahagian lagi kerisik tadi.
  6. Kacau hingga rendang betul-betul kering.

Lima Jenis Rendang Boleh Buat Sendiri, Perghhh Sedapnya.

RENDANG AYAM MINANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam | potong sederhana
  • 2 liter santan
  • 2 batang serai | racik halus
  • 1 batang serai|titik
  • 4 helai daun limau purut
  • 2cm asam gelugur
  • 2 helai daun kunyit|hiris
  • BAHAN KISAR:
  • 5 biji buah keras
  • 6 ulas bawang putih
  • 100gm cili besar merah
  • 12 biji bawang merah
  • 100gm cili padi merah
  • 2cm halia |bakar sedikit
  • 2cm lengkuas
  • 3cm kunyit|bakar sedikit
  • 1/2 sudu makan ketumbar
  • 2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk buah pala
  • 1 sudu teh  jintan| sangrai

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam periuk, tuangkan santan, masukkan serai yang dititik, asam gelugur, daun limau purut dan daun kunyit.
  2. Kacau hingga santan mendidih dan pastikan santan yang dimasak tidak pecah.
  3. Setelah santan mendidih, masukkan rempah yang telah dikisar dan gaul sebati kira-kira 20 minit.
  4. Apabila santan mula mengeluarkan minyak, masukkan potongan ayam dan masak menggunakan api yang sederhana hingga santan mengering.
  5. Perasakan dengan garam secukup rasa dan masukkan hirisan serai. Gaul sebati.
  6. Angkat dan sedia dinikmati.

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI