Petua Untuk Banyakkan Jus Limau Nipis

Share

Pernahkah anda beli limau nipis tetapi bila nak perah jusnya, sedikit sahaja jus yang keluar? Sakit juga hati. Maklumlah, harganya pun boleh tahan mahal. Ada petua yang boleh anda cuba.

kredit: pxhere.com

Sekiranya anda ingin mendapatkan jus yang lebih banyak daripada sebiji limau, caranya mudah sahaja. Hanya perlu rendam buah tersebut di dalam air panas kira-kira sejam. Setelah itu baru diperah jusnya. Barulah anda akan mendapat jus limau dalam jumlah yang lebih banyak. Mudah kan? Selamat mencuba!

IKLAN