Petua Supaya Kek Tidak Melekat Pada Loyang Pembakar

Share

Anda suka memasak kek namun kadang kala kek tidak tidak menjadi cantik sebagaimana yang diidamkan. Adakalanya bantat dan paling tidak disukai bila kek melekat pada loyang. Panduan yang dikongsi oleh Shikin’s Kitchen boleh beri anda lebih bersemangat untuk baking

dari masa ke semasa.

Petua supaya kek tidak melekat pada loyang pembakar tanpa menggunakan parchment paper/kertas minyak.

Bahan-bahan:
minyak masak
Shortening (lemak sayur)
Tepung gandum
(sukatan nya mengikut nisbah 1:1:1) – sy guna 1 sudu besar utk setiap bahan.

Campurkan semua bahan tersebut hingga sebati. Siap. Apabila hendak membakar kek, sapu saja pada loyang. Tuang adunan kek anda dan bakar.

 

Hasilnya,kek tidak melekat, tiada kerak di tepi dan dasar kek.

 

Baki bahan yg dicampur tadi boleh disimpan di dalam bekas dan boleh digunakan lagi pada masa akan dtg.

Selamat mencuba.

https://www.facebook.com/shikinskitchen

IKLAN