Pokok pandan adalah salah satu tanaman herba yang popular serta pelbagai guna. Ia boleh digunakan dalam masakan, kuih muih dan juga manisan. Malah ada juga yang menjadikan tumbuhan ini sebagai pewangi ruangan dek kerana baunya yang harum.
Anda ada tanam di dalam pasu dan menghadapi masalah pokok yang tidak besar merimbun dan berdaun halus? Bermacam jenis baja diletak, tapi tetap tidak subur. Jika ada laman yang luas, tiada masalah untuk menanam pokok ini terus di atas tanah namun bagi anda yang mempunyai ruang yang terhad atau tinggal di apartment, tentunya pernah berhadapan dengan masalah ini.
Menerusi perkongsian di FB, saudari Jue Jerry ada menerangkan cara-cara untuk menggemukkan pokok pandan di dalam pasu. Ia juga untuk mengelakkan dari binatang berbisa seperti ular dari tinggal di perdu pandan yang rimbun. Cubalah tip ini dan lihat perbezaan pada tanaman anda.
TIP UNTUK GEMUKKAN POKOK PANDAN DI DALAM PASU
1. Ambil pasu pandan dan buang anak-anak yang tumbuh di sekelilinya. Tinggalkan hanya 1-2 pokok sahaja di dalam pasu pada satu-satu masa. Jangan lebih.
Ads
2. Anak pokok yang diasingkan tadi boleh dimasukkan ke dalam bekas berisi air. Ia akan hidup kerana pokok pandan yang direndam air akan mengeluarkan akar.
3. Jika tidak mahu tanam kembali di dalam pasu, anak pokok pandan boleh dibiarkan di dalam bekas berisi air. Namun airnya perlu ditukar dengan kerap bagi mengelakkan jentik-jentik.
INFO: saudari Jue Jerry letak pokok pandan berisi air di dapur. Hasilnya dapur mewangikan kawasan dapur dan mengelakkan dari didatangi lipas.
Kalau nak dapatkan dekorasi di rumah terutamanya dapur tidak semestinya perlu beli yang baru. Kadangkala, guna barangan yang terpakai pun boleh jadi cantik. Yang penting, anda perlu sedikit kreatif untuk menggubahnya. Jika anda ada botol kaca di rumah, jangan dibuang kerana ia boleh dibuat bekas rempah ratus. Memang cantik hasil DIY oleh Fridie Yusop ini. Sangat kemas dan paling penting, menjimatkan ruang di dapur.
BAHAN YANG DIPERLUKAN:
Cat spray (Spray paint)
Label sticker
Skru secukupnya
Screwdriver
L metal
Kayu
CARA-CARANYA:
1. Sembur spray paint pada keseluruhan botol serta kayu dan biarkan sehingga ia kering.
2. Pasang L metal pada kayu dan ukur botol pada kayu untuk membuat jarak lubang.
3. Skrukan penutup botol pada kayu.
4. Masukkan rempah ratus yang ada dan lekatkan label sticker pada botol.
Bila beli mi kuning ramai yang menyimpannya dalam peti sejuk untuk mengelakkan ia berkulat kalau diletakkan di luar.
Tapi jadi masalah bila nak masak, mi akan jadi kering dan patah-patah. Perkara yang sama berlaku pada kuetiau yang disimpan dalam peti sejuk. Sudahnya hasil mi atau kuetiau goreng jadi tak cantik.
Sebenarnya untuk menyimpan kedua jenis mi ini dalam peti ais ada caranya. Barulah mi kuning dan kuetiau tak kering dan patah bila dimasak. Caranya boleh ikut perkongsian daripada Reen.
Cara simpan mi kuning dan kuetiau dalam peti ais
Selepas beli, jika terus disimpan dalam peti sejuk mi atai kuetiau akan patah-patah semasa nak basuh kan. Susah nak dileraikan.
Saya share cara simpan mi kuning dan kuew teow supaya tahan lebih lama dan cantik bila nak masak.
1. Keluarkan mi atau kuetiau dari bungkusan, jangan basuh. Leraikan dan letak dalam bekas yang kering dan bertutup.
2. Letak minyak masak, sebatikan minyak dengan mi atau kuetiau dalam bekas tersebut.
3. Simpan bekas berisi mi dan kuetiau dalam peti sejuk.
Sebelum masak mi, basuh terlebih dahulu untuk buang minyak. Mi dan kuetiau tidak akan keras dan patas bila dimasak jika disimpan cara ini.
Ketumbar, rempah ratus bulat halus dan kasar permukaan ini pasti ada dalam simpan kebanyakan dapur, kerana ia antara rempah ratus wajib ada dalam kebanyakan masakan orang Asia terutamanya Malaysia mahupun Indonesia. Disebabkan ia antara rempah ratus wajib, maka perlulah disimpan dengan cara yang betul agar tahan lebih lama. Nak tahu macam mana cara, baca tip disenaraikan di bawah ini.
Pilih Ketumbar Segar
Sebaiknya beli ketumbar yang belum dipaket atau ditimbang kerana anda lebih mudah memeriksa, ia segar atau tidak. Ketumbar yang baik dan segar berwarna kuning bersih dan tidak berbau ‘hapak’. Ketumbar yang sudah berwarna hitam dan banyak yang pecah-pecah sebaiknya jangan beli, jika dalam ketumbar dalam simpan ada juga sedemikian, lebih baik buang kerana ia akan mempengaruhi cita rasa makanan yang dimasak.
Disangai Menggunakan Api Kecil
Selepas memilih ketumbar yang elok, langkah seterusnya adalah gorang sangai (goreng tanpa minyak) rempah ratus bulat halus ini. Panaskan kuali dan masukkan ketumbar dan sentiasa kacau di atas api kecil. Tujuannya untuk mematikan kutu dan kulat yang boleh menjadikan ketumbar tahan lebih lama aromanya lebih kuat. Secara tidak langsung makanan menjadi lebih sedap.
Simpan Dalam Botol Kecil Kedap Udara
Apabila ketumbar yang telah digoreng tadi sejuk, masukkannya dalam botol kecil yang kedap udara, tujuan untuk mengelakkan ia dimasuki angin atau bahan asing yang boleh merosakkannya. Seterus simpannya ditempat kering tetapi elakkan dari pancaran sinaran matahari.
Ok, dah dapatkan tipnyakan! Manfaatnya, selain boleh tahan lama, aroma ketumbar juga akan menjadikan makanan yang anda masak menjadi lebih sedap.
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.