Kalau ke Cameron Highland, memang geram lihat buah-buah strawberi yang merah menyala tu. Kalau ada peniaga jual borong, lagilah rasa nak beli semua. Cuma masalahnya buah strawberi ni tak tahan lama. Beli banyak tapi bila sampai dekat rumah, alahai…tak boleh simpan lama pula.Walaupun simpan dalam peti sejuk, sehari dua buah akan jadi lembik, berkulat dan benyek. Namun ada petua yang boleh dicuba untuk simpan buah strawberi ni supaya boleh tahan samapi 2 minggu. Jom lihat cara-caranya.
CARA SIMPAN BUAH STRAWBERI AGAR TAHAN LAMA
BAHAN-BAHAN:
Buah strawberi
2 liter air
4 sudu teh garam kasar
CARA-CARA:
1. Keluarkan strawberi dari bekasnya. Buang buah yang busuk dan kotoran yang ada pada buah.
Ads
2. Basuh bersih buah menggunakan air paip yang mengalir. Toskan.
3. Dalam bekas berlainan, masukkan air dan garam. Kacau hingga garam larut.
Ads
4. Masukkan buah strawberi tadi ke dalam air garam. Pastikan tenggelam.
5. Toskan sekali lagi dengan letak buah satu persatu dalam penapis. Elakkan tuang sekaligus semua sekali kerana buah ini cepat lebam dan berair.
Ads
6. Ambil tisu dan lap buah bagi mengeringkan lebihan air.
7. Letak buah dalam bekas asalnya dan simpan dalam peti sejuk di bahagian chiller. Hasilnya buah strawberi boleh tahan selama 1-2 minggu.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bila tiba musim perayaan, banyak hidangan enak dimasak sempena menyambut Syawal yang mulia. Andai berkunjung ke rumah saudara mara, pasti makan macam-macam. Air, nasi, rendang, laksa, kuih muih, manisan. Semua terasa sedap. Ada yang berminyak, berempah, manis, pedas, sejuk. Cukup lengkap! Bila dah makan banyak, pasti perut pun rasa kurang selesa dan sebu. Nak solat pun rasa sengkak. Tapi jangan risau kerana anda boleh atasinya dengan cara-cara berikut.
5 CARA MUDAH REDAKAN PERUT SEBU HANYA GUNA BAHAN SEMULAJADI
1. AIR LEMON SUAM
Jika rasa tak selesa, minum segelas air suam yang dicampur dengan perahan jus lemon. Masukkan sedikit madu jika anda tidak suka terlalu masam. Ia akan membantu mengembalikan sistem imunisasi anda, mengimbangkan kadar PH dah menyahkan toksin dalam badan.
2. AIR HALIA SUAM
Halia memang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan kita. Halia dapat mengeluarkan angin dan menyingkirkan lemak. Hanya hiriskan beberapa keping halia, masukkan ke dalam air dan didihkan. Jika suka boleh tambahkan madu dan perahan jus lemon.
3. BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG
Elakkan minum air yang bergas, manis dan berkafein. Ini kerana badan anda memerlukan cecair yang secukupnya untuk melancarkan proses penghadaman. Jadi pastikan minum air kosong dengan banyak. Pengambilan air suam juga membantu anda untuk berasa lega dengan lebih cepat.
4. REHATKAN SISTEM PENGHADAMAN
Makan dengan banyak secara sekaligus, menyebabkan perut ‘terkejut’. Sebaiknya, berbukalah dengan mengambil makan yang ringan seperti kuih, sup dan bubur terlebih dahulu dan brulah diikuti dengan hidangan yang lebih berat. Kunyah makanan anda dengan perlahan-lahan hingga lumat. Jika makan terlalu laju, makanan yang dimakan tidak dapat hancur dengan sempurna menyebabkan perut berasa tidak selesa & lambat hadam.
5. SENAMAN RINGAN
Bila perut tidak berasa selesa, ia bukan alasan untuk anda tidak bersenam. Pilihlah jenis senaman yang anda suka seperti berjogging, yoga atau berjalan. Bila badan anda bergerak, toksin dalam badan anda dapat dikeluarkan seterusnya menjadikan anda berasa lebih segar dan sihat.
Anda penggemar teh? Tapi sayang rasa teh yang disediakan tidak sempurna seperti yang anda inginkan walau pun bermacam tip dan petua telah dicuba. Jangan salahkan teh ye, mungkin tip ini boleh memberikan anda hasil teh seperti diinginkan.
Untuk hasilkan air teh yang sedap, selain air mesti panas, anda juga perlu rendam teh sekurang-kurangnya empat minit untuk teh hitam dan kurang empat minit untuk teh hijau. Ini kerana selama ini kebanyakan dari anda hanya merendam teh tidak lebih dari dua minit.
Sebenarnya teh perlu waktu yang lama untuk mengeluarkan aroma dan juga rasanya. Empat minit adalah waktu paling sesuai untuk merendam teh dalam air panas mendidih.
Selain cara merendam teh, pemilihan cawan juga mempengaruhi rasa teh. Oleh itu, elakkan menggunakan cawan yang dibuat dari tanah liat. Sebaliknya pilih cawan porcelain untuk mengelakka perubahan pada arasa dan mengurangkan kemungkinan cawan pecah.
Diharapkan tip ini memberikan manfaat kepada anda pengemar teh. Selamat mencuba…
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kerisik adalah salah satu rencah yang menyedapkan masakan terutamanya dalam pembuatan rendang. Bila anda menggunakan kerisik buat sendiri ni, memang hasil masakan akan jadi lebih sedap dan berbeza dengan yang dibeli. Nak buatnya pun sangat mudah. Jom cuba perkongsian dari saudari Suhanawati Ismail Suwais ni.
CARA BUAT KERISIK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Goreng kepala parut tanpa minyak hingga menjadi kuning keemasan. Pastikan guna api kecil sahaja. Jika api besar, kelapa akan hangus dan kerisik akan jadi pahit.
2. Kemudian tumbuk atau kisar kelapa goreng tadi sehingga mengeluarkan minyak. Sebaiknya tumbuk guna lesung batu kerana rasa kerisik menjadi lebih sedap.
3. Bila minyak kerisik dah keluar, masukkan ke dalam bekas bersih dan ulang proses sama hingga kelapa habis.
4. Tutup bekas berisi kerisik dengan kemas dan boleh digunakan pada bila-bila masa tanpa perlu letak dalam peti sejuk. Ia juga tahan berbulan-bulan.
Salah satu petua kesihatan untuk menjaga jantung yang boleh diamalkan adalah dengan minum jus tomato selalu. Buah tomato sangat banyak khasiatnya untuk kesihatan tubuh.