Petua Sambal Halia Arwah Mak, Bagus Atasi Masalah Angin Dalam Badan

Share

Halia sememangnya mempunyai banyak khasiat kepada tubuh badan kita, terutamanya digunakan untuk mengatasi masalah angin dalam badan.

Menerusi perkongsian petua daripada Humairah Al-Hamra ini, petua amalan arwah maknya menggunakan sambal halia, menjadi senjata ampuh untuk masalah angin dalam badan, mengatasi sengal-sengal sendi, kebas-kebas kaki dan tangan, lenguh-lenguh badan, badan rasa tak bermaya, urat masuk angin.

Sambal halia ini juga sangat bagus untuk ibu lepas bersalin yang mengalami bentan. Makan dengan nasi panas.

Insya-Allah, lepas makan badan berpeluh-peluh, buat kerja pun cergas, bangun pagi tak rasa sakit-sakit badan lagi.

 

SAMBAL HALIA

BAHAN-BAHAN:

1 inci halia mentah – beli online di sini
1 sudu kecil lada hitam biji – beli online di sini
1 sudu besar ikan bilis goreng – beli online di sini
1 ulas bawang putih mentah

TONTON Makaroni Ulam Bakar – Projek Air Tangan Emas Bersama Maggi

TONTON Roti Wholemeal Walnut Bersama Chef Ritzuwan Syde Rosmada,Ritz The Baker

CARA-CARA:

1. Tumbuk semua bahan dan boleh dihidang. Makan dengan nasi panas
2. Kalau badan terasa lenguh-lenguh, elakkan makan sayuran sejuk dan banyak angin macam bayam, kangkung, daun ubi, petai dan jering ye. Pakai sarung kaki.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

3. Dulu-dulu memang tak percaya petua ni. Yelah, muda-muda asyik nak kan fakta bukan auta dan kajian sains.


4. Bila dah bersalin, peranak pinak dan dah berusia ni baru tau dan rasa keberkesanan mengamalkan petua dan pantang-pantang ni.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

5. Kalau tak larat nak buat sambal ni waktu sakit, buat teh halia.
6. Hiris 1 inci halia, masukkan dalam secawan air panas, bila dah suam, minum perlahan-lahan sampai habis. Amalkan hingga badan rasa cergas semula.

Kredit petua: Humairah Al-Hamra

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN