Petua Rebus Biji Sagu Supaya Jernih, Bulat & Tak Mudah Hancur.

Share

Sagu memang sedap dijadikan sajian pencuci mulut, manisan atau dicampur dalam kuih muih. Jika sagu biji kecil, agak mudah untuk dimasak namun sagu kasar ni, lain sikit perangai dia. Menerusi perkongsian Opah Mas Cotek, sagu kasar terlalu banyak kanjinya. Jadi kena pandai masak barulah ia jadi betul-betul jernih dan tidak mata ikan. Nak tahu caranya? Jom baca seterusnya.

 

TIP REBUS SAGU KASAR SUPAYA JERNIH, BULAT & TAK HANCUR

BAHAN-BAHAN:

  • 1 mangkuk sagu kasar
  • 6 mangkuk air

CARA MEMASAK

(BAHAGIAN 1):

1. Didihkan air dan masukkan sagu. Masak guna api perlahan.

2. Biarkan selama 25- 30 minit. Kacau sekali sekala.

3. Tutup api dan tutup periuk. Biarkan sagu di dalam periuk menjadi suam.

4. Kemudian basuh sagu tadi dan toskan.

(BAHAGIAN 2):

1. Masak lagi air dalam periuk hingga mendidih.

2. Masukkan sagu yang ditoskan tadi. Biarkan selama 15 minit.

3. Tutup api dan tutup periuk. Biarkan sehingga sagu sejuk atau hingga biji sagu menjadi jernih dan tiada mata ikan.

4. Basuh, toskan dan siap untuk dinikmati dengan cara pilihan anda.

 

TIP UNTUK DAPATKAN BIJI SAGU YANG SEMPURNA

  1. Jangan basuh biji sagu kering.
  2. Jangan rendam biji sagu sebelum dimasak.
  3. Untuk memasaknya, terus masukkan biji sag uke dalam air mendidih.
  4. Elakkan terlalu kerap mengacau sagu di dalam periuk.

Semoga bermanfaat!

 

Kredit resipi & foto: Opah Mas Cotek

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN