Geramnya tengok ketam segar di pasar. Gemuk dan besar saiznya. Memang sedap kalau masak kari, masak lemak, bercili, kam heong dan sebagainya. Kalau ketam yang baru naik dari laut, rebus bersama serai pun dah cukup buat anda berselera untuk makan.
foto: Umpan
Bila dah minat sangat makan ketam ni, tahukah anda beza antara ketam jantan dan betina? Ha…Kalau perasan, ketam bunga yang selalu kita beli di pasar tu ada dua warna. Satu yang bersepit biru, dan satu lagi berwarna ala coklat kehijauan.
Kalau nak tahu, ketam bunga jantan berwarna biru terang dengan bintik-bintik putih dan dengan chelipeds panjang, sementara ketam betina berwarna coklat kehijauan dan memiliki karapas yang lebih bulat.
foto: Umpan
Lepas dah kenal jantan betinanya, kena la pula tahu macam mana nak kenal dan tahu ketam yang hendak dibeli tu berisi ke tidak. Rugilah kan beli ketam tapi bila dimasak, isinya tak ada. Dahlah harganya boleh tahan mahal. Jadi, panduan di bawah ini boleh anda jadikan pedoman dikala membeli si sepit biru ni di pasar.
Ads
PETUA PILIH KETAM YANG BANYAK ISI & PENUH TELUR:
1. Pilih ketam yang bertelur. Sudah pasti isinya banyak.
foto: trover.com
2. Beli ketam semasa bulan mengambang. Dikatakan masa ni isi ketam tengah padat dan penuh.
3. Ambil ketam betina. Ini kerana ketam betina mempunyai lebih banyak isi berbanding ketam jantan.
Ads
4. Panduan seterusnya ialah, lihat bahagian bawah badan ketam betina. Jika ada selonggok telur di luar badan, ha…itu petanda ketam tersebut banyak telur. Kena ambil yang tu. Memang puas hati makan.
Ads
foto: Flickr
5. Nak tahu berat ke tidak, cubalah timbang-timbang dengan tangan. Kalau berat, tanda isi penuh lah tu.
Semoga panduan ini sedikit sebanyak membantu anda memilih ketam yang segar, padat dan penuh isi. Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Anda menghadapi masalah masakan dan kuih muih bersantan cepat basi? Sebenarnya masalah santan mudah basi disebabkan oleh kualiti santan yang kurang baik, tidak segar dan diproses dengan cara tidak bersih. Tapi sekarang jangan bimbang lagi, tip dan petua mudah ini boleh membantu anda mengatasi masalah masakan cepat basi ini.
Pilih kelapa: Pilihlah kepala yang baru dikupas dari sabutnya dan betul-betul tua dan isinya putih. Tidak berbau masam atau busuk. Atau jika anda kekedai, minta kelapa yang masih belum dibelah dan pastikan isi kelapanya putih dan tidak berbau semasa sebelum diparut.
Jenis kelapa sesuai dengan jenis masakan: Jika anda ingin membuat rendang, kari atau opor dan gulai, sebaiknya pilih kelapa tua. Untuk pastikan kelapa cukup tua mudah diparut dan mempunyai kandungan minyak yang banyak.
Teknik memerah santan: Teknik memerah santan juga mempengaruhi santan cepat basi, guna cara tradisional, kupas dan parut kelapa ikut arah melintang. Kalau anda membeli santan segar yang sudah diperah segar, pastikan santan yang diperah menggunakan air masak atau air bersih bagi memastikan santan tahan lebih lama dan tidak cepat dibasi dan tahan lebih lama bila disimpan.
Cara simpan santan: Sebaik anda membeli santan segar dari kedai, simpannya dalam peti sejuk dahulu sebelum digunakan. Atau simpan dalam freezer jika belum sedia digunakan untuk beberapa harai. Sebenarnya santan boleh disimpan lama hingga tiga bulan, jika disimpan dalam freezer yang bertutup rapat. Cairkan pada suhu bilik bila sebelum menggunakannya.
Beli dan simpan bahan basah untuk memasak, memang memudahkan kerja. Tetapi ada kalanya barangan yang dibeli lambat dimasak. Setiap daripada kita pasti pernah mengalami situasi dimana beli mi kuning, kuetiau dan laksa basah untuk stok berminggu-minggu tapi tak masak? Bila dah beku dan berbau mulahlah masuk ke tong sampah. Membazir tu. Jadi jom cuba petua menyimpan mi kuning, kuetiau dan laksa basah perkongsian saudari hani_mynis ni. Selamat mencuba.
TIP SIMPAN MI KUNING, KUETIAU & LAKSA BASAH SUPAYA TAHAN LAMA
Hani ni hantu laksa penang. Selalunya setiap bulan akan masak laksa. So ni cara nak pastikan laksa basah yang hani beli tahan lama dan tak berbau hapak ke apa…
Cara ni sesuai untuk semua jenis mi basah (mi kuning, mi kuetiau dan mi laksa). Mi basah macam ni kalau letak kat luar peti ais boleh tahan 3 hari. Letak je kat tempat redup (no direct sunlight) kat dapur.
Kalau nak tahan 2-3 minggu, jangan masukkan terus dengan plastik sebungkus-sebungkus tu terus dalam peti ais. Nanti dia mengeras dan mi akan melekat-lekat. Jadi bila nak makan, kena rebus balik.
Mi yang melekat ini juga akan patah-patah bila dileraikan. Hasilnya bila dimasak, mi jadi tidak cantik.
CARA BETUL MENYIMPAN MI BASAH ( TIP DARI PENJUAL LAKSA & MI KARI)
Lepas dibeli, keluarkan mi dari bungkusan dan terus masuk dalam bekas berpenutup. Letak sedikit minyak dan urai-uraikan mi tersebut supaya tidak melekat. Jangan masukkan seketul macam tu je tanpa diurai.
Pastikan mi yang disimpan tidak terkena air.
Pastikan bekas berpenutup yang nak diisi mi itu juga dalam keadaan kering.
Isi mi, tutup bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk di bahagian chiller. Dengan cara ini mi boleh tahan hingga minggu.
Bila hendak digunakan, panaskan air hingga mendidih. Masukkan mi. Hasilnya mi akan jadi lembut, elok dan tidak patah-patah.
Sebut je limau, ia ada pelbagai jenis. Namun hanya ada tiga jenis limau yang sering digunakan dalam masakan untuk tujuan aroma dan rasa masakan. Ia adalah limau nipis, purut dan kasturi. . Nak tahu apa yang membezakan limau-limau ini, baca tip berikut:-
Fizikal Dan Tekstur
Sekali pandang tiga limau, purut, nipis dan kasturi hampir sama, ia berwarna hijau. Tetapi limau purut dan kasturi bewarna hijau lebih pekat berbanding limau nipis hijau muda atau hijau kekuningan. Dari segi saiz, limau kasturi paling kecil, limau purut dan nipis hampir sama saiznya dan tekstur kulitnya limau purut bergerutu berbeza dengan limau nipis dan kasturi yang lebih licin.
Jumlah Dan Warna Airnya
Bila dibelah kesemuanya hampir sama, tapi jumlah air dan warnanya tidak sama. Limau nipis dan purut, airnya berwarna hijau cerah dan jernih sedangkan limau nipis kasturi hijau kekuningan. Bila diperah jumlah airnya juga berbeza, Limau kasturi paling banyak, diikuti limau nipis dan limau purut paling sikit airnya.
Fungsi Dalam Masakan.
Ketiga-tiga air limau ini mempunyai rasa masam, namun rasa masam itu tidak sama. Limau kasturi lebih masam berbading limau nipis dan purut. Sebab itu limau kasturi lebih banyak dicampur dalam masakan seperti sambal cili atau rasa sambal kacang segar. Sementara limau nipis dan purut digunakan untuk menghilangkan bau hanyir ikan mahupun organ dalaman dicampurkan dalam masakan atau semasa mencuci.
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.