Petua Mudah Elak Doh Biskut Raya Melekat Pada Acuan.

Share

Musim perayaan bakal bermula. Pasti ramai yang dah mula buat projek biskut raya

kan? Tahukah anda, acuan biskut yang baru dibeli dan digunakan terus akan menyebabkan doh  melekat dan susah dikeluarkan dari acuan. Lebih-lebih lagi biskut yang kita buat tu kena bakar sekali dengan acuan di dalam ketuhar.

Contohnya seperti acuan Biskut Kapal, Tat, Biskut Lidah Kucing dan sebagainya. Untuk atasi masalah doh melekat pada acuan biskut baru, berikut adalah cara-cara yang anda boleh lakukan:

 

CARA ELAK BISKUT MELEKAT PADA ACUAN

1.    Basuh bersih acuan yang baru dibeli dan lap hingga kering.

2.    Semasa hendak digunakan, oles nipis sedikit marjerin pada acuan tersebut.

3.    Kemudian susun di dalam dulang pembakar dan masukkan seketika ke dalam ketuhar. Panaskan pada suhu 120C selama 15 minit.

4.    Keluarkan acuan dan sejukkan. Selepas itu bolehlah digunakan. Hasilnya biskut akan mudah dikeluarkan dari acuan dan tidak hancur.

 

 

 

IKLAN