Petua Memilih Buah Oren Manis!

Share

Bila dapat makan buah oren sejuk-sejuk baru keluar dari peti ais..fuhhhh terasa nikmatnya ..Tapi mesti ramai yang sering terbeli buah oren yang masam kan? Terus terpotong selera nak makan.. Haa boleh tengok petua ni untuk pastikan buah oren yang kita beli tu manis. In Sha Allah menjadi..Selamat mencuba!

Petua Memilih Buah Oren Manis!

Pastikan buah oren tersebut mempunyai lubang di atas kepalanya, seperti yang ditunjukkan di dalam gambar. Kiranya spesies buah oren berlubang ni manis. Cuba bayangkan dapat makan sejuk-sejuk buah oren ni..nyumm!

Sekiranya buah oren tersebut tidak mempunyai lubang (seperti di dalam gambar), haa masam lah maknanya okay. Makan pun sambil pejam-pejam matalah jawabnya. Buat jus sesuai.  Konklusinya, buah oren yang tidak berlubang ni selalunya masam. Ingat taw!

Begitulah kisahnya buah oren masam VS oren manis, atau buah oren berlobang VS tidak berlubang. Lepas ni boleh lah borong buah oren manis banyak-banyak ya..Jangan lupa cuba petua ni okay! 

Kredit: Pizin Kushairi 

 

 

IKLAN