Ada macam-macam resipi dan cara nak masak Sambal Sotong yang sedap. Ada yang guna banyak bahan, ada juga resipinya yang sangat mudah dan ringkas. Yang paling penting, rasanya harus cukup. Ada pedas, ada manis, ada masin dan sedikit masam. Fuhhhh…Pasti terangkat. Hari ini RASA kongsikan resipi Sambal Sotong mudah perkongsian dari saudari Zurina Zulkefli. Cukup ringkas sahaja resipinya. Rencahnya main hiris sahaja tanpa perlu kisar. Tapi lihatlah hasilnya, sangat mengiurkan. Malah beliau juga berkongsi satu petua untuk menyedapkan rasa Sambal Sotong ni. Jom cuba! Boleh dijadikan lauk makan tengahari.
Bila dah dekat nak habis puasa ni, ada harinya kita akan buntu memikirkan menu. Jika asyik ulang lauk sama, naik jemu pula. Berikut adalah koleksi idea masakan kampung yang boleh anda cuba hasilkan sebagai sajian berbuka puasa hari ni. Ringkas dan mudah. Selamat mencuba!
1. TUMIS KACANG PANJANG & KUPANG
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Info Chef: Jangan dimasak terlalu lama kerana kacang panjang akan lembik.
2. PERIA GORENG RANGUP
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Info Chef: Peria direndam di dalam air garam dan gula untuk mengurangkan rasa pahitnya. Selain itu jika ingin peria digoreng cantik, gunakan kuali tanpa lekat.
3. IKAN PARI AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
AIR ASAM:
CARA MEMASAK:
Info Chef: Selain direbus, ikan pari boleh juga dikukus agar ia tidak pecah.
4. SAMBAL TUMIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Info Chef: Jika suka anda boleh juga meletakkan sedikit udang segar ke dalam kuahnya untuk lebih menaikkan rasanya.
5. ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Info chef: Selain kembung, boleh juga menggunakan ikan kegemaran anda yang lain.
6. SAMBAL CILI PADI POWER
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Info Chef: Asam keping dimasukkan di akhir tumisan untuk menyeimbangkan rasa pedas. Tidak perlu dimasukkan asam keping yang banyak kerana ia akan menyebabkan rasa sambal masam.
7. KERABU KAKI AYAM
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Info Chef: Pastikan ayam yang direbus ditos terlebih dahulu sebelum digaulkan bersama bahan kerabu. Ini membuatkan kerabu lebih tahan lama.
8. BENDI GORENG BERLADA
BAHAN A:
CARA MEMASAK:
Info Chef: Untuk rasa lebih pedas, boleh menggunakan cili padi yang ditumbuk bersama cili merah.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Lala Kam Heong ini memang sedap sungguh. Seimbang rasa manis, masin, masam dan pedasnya. Makan pula dengan nasi putih panas-panas. Memang berpeluh dek kerana kesedapannya itu. Tak percaya? Cuba baru tau.
Selalunya masakan ini dijual di restoran Chinese muslim saja. Sekarang, tak perlu dah keluar makan di restoran. Jimat bajet. Di zaman sekarang ni memang kena pandai bajet. Yang boleh masak sendiri, elok masak sendiri di rumah. Puas makan dengan bajet terhad!
Boleh ikuti resipi daripada puan Nana Sabrina ini ye. https://www.facebook.com/PremiumMarbleCake
Tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan terbit wangi. Masukkan serbuk kari. Kacau sebati, api kena perlahan.
Masukkan bahan perasa, Garam dan gula secukup rasa.
Kemudian masukkan sos tiram, kicap masin dan kicap manis. Kacau sebati. Masukkan pula serai, hirisan bawang, cili padi dan daun kari. Kacau lagi hingga sebati. Tak nak pedas, boleh skip cili padi kalau anak-anak nak makan.
Setelah itu masukkan lala, kacau sebati. Tambah sedikit air. Tunggu sehingga air kering dan kuah sedikit pekat. Bolehlah angkat.
Siap. Sedap makan dengan nasi putih panas-panas. Tak perlu lauk lain dah.
Dalam hal memasak kini lelaki juga tidak kalah. Banyak saja idea kreatif yang dihasilkan seperti pemilik instagram daddyisthechef. Kreatif dan sungguh melekakan bila melihat idea masakan di dalam instagram.
Mereka yang tidak tahu memasak pun terdorong untuk mempelajari cara memasak bila gambar masakan yang dimuat naik membuat kita rasa terliur nak merasa. Sempena hari bapa yang bakal tiba dikongsikan resipi yang enak hasil olahannya.
Scallop Buttermilk Pasta
Bahan-bahan:
1 paket mix vege pasta
10-12 scallop
1 cawan susu sejat
2 ulas bawang putih | dicincang
2 sudu makan + 1 sudu teh mentega
1 tangkai daun kari
1 sudu teh serbuk Cayenne pepper atau Paprika
1/2 sudu makan Parmesan cheese (sebagai pilihan)
Secubit garam
Secubit serbuk lada hitam
Cara memasak:
1. Panaskan air yang penuh hingga mendidih di dalam periuk dan rebus spageti sehingga masak.
2. Tos dan ketepikan.
3. Bersihkan scallop dengan lemon.
4. Masukkan ke dalam kuali tidak melekat.
5. Letakkan satu sudu teh mentega di atas scallop.
6. Taburkan sedikit serbuk cayenne dan garam.
7. Buka api perlahan, kemudian tutup kuali dan biarkan selama 6-8 minit. Ketepikan.
8. Panaskan mentega sehingga cair dan tumis bawang putih dan daun kari sehingga naik bau.
9. Masukkan susu sejat dan serbuk cayenne. Kacau rata.
10. Masak dengan api sederhana hingga susu mendidih.
11. Kecilkan api, masukkan parmesan dan kacau rata.
12. Kemudian masukkan secubit garam serta lada hitam.
13. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Tutup api.
14. Hidangkan pasta dan scallop dalam mangkuk dan tuangkan sos ke dalamnya.
Ketam Masak Cili Bahan A: (dikisar)
4 hiris lengkuas
8 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
10 biji cili kering
3 biji cili padi
5 biji cili merah
6 biji buah keras
1 sudu makan belacan (yang telah dibakar)
Air limau (1 biji limau)
Bahan B:
2 ekor ketam – dibersihkan dan dipotong 2 atau 4
5 sudu makan minyak
5 sudu makan sos tomato
1 sudu teh taucu
1/2 sudu teh garam
3 sudu makan gula
1 cawan air panas
2 biji telur
Cara memasak:
1. Panaskan minyak di dalam kuali leper.
2. Masukkan bahan A dan goreng sampai pecah minyak dan naik bau.
3. Masukkan bahan B dimulakan dengan sos tomato, taucu, garam dan gula. Kacau rata
4. Kemudian masukkan ketam. Kacau dan sebatikan.
5. Tuangkan air panas dan tutup kuali dengan penutup.
6. Biarkan selama 10 minit dengan api sederhana.
7. Bancuhkan telur di dalam mangkuk dan masukkan ke dalam kuali. Kacau rata dan sebatikan.
8. Tutup api dan boleh dihidangkan.
Sotong Sumbat Percik Bahan-bahan:
5 ekor sotong
1/2 cawan kacang peas (boleh juga gunakan segenggam bayam)
2 biji telur
Sedikit garam
Sedikit lada hitam Cara memasak:
1. Rebus kacang peas sehingga empuk
2. Pukul telur bersama garam dan lada hitam.
3. Kemudian tuangkan telur tadi ke dalam kuali dan kacau telur sehingga menjadi telur hancur (scramble egg). Tetapi jangan terlalu masak, biarkan telur sedikit basah.
4. Masukkan kacang peas ke dalam kuali dan gaulkan sekali dengan telur tadi. Ketepikan
5. Rebus air di dalam periuk kecil sehingga mendidih. Matikan api dan masukkan sotong yang telah dibersihkan ke dalam periuk tadi selama dua minit.
6. Angkat sotong, toskan dan sumbat telur di dalam sotong sehingga padat tetapi 3/4 penuh.
7. Sambungkan kepala sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi untuk melekatkannya.
Bahan kuah percik:
1 kotak santan pekat (200ml)
8 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
3-5 tangkai cili kering – ikut kepedasan masing-masing
1 1/2 sudu makan gula merah
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Kisar bawang, serai, halia dan cili kering
2. Masukkan bahan kisar bersama santan dan setengah cawan air ke dalam periuk
3. Kemudian masak atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau.
4. Masak sehingga kuah pekat (kuah menjadi lebih kurang separuh daripada kuah sebelum dimasak)
5. Masukkan garam, gula dan asam keping
6. Sesuaikan rasa, tutup api dan bolehlah diangkat. Kemudian keluarkan asam keping tadi.
Proses merecik:
1. Bakar sotong seketika sambil balik-balikkan sotong supaya masak sekata.
2. Apabila sotong mulai sedikit garing, lumur bahan kuah ke badan sotong dan bakar seketika sambil dibalik-balikkan sotong.
3. Kemudian masukkan sotong ke dalam pinggan dan tuang lebihan bahan kuah ke atas sotong.
*kalau tak nak bakar sotong, boleh digoreng dengan mentega tetapi pastikan sotong itu dibalik-balikkan dan lumur bahan kuah apabila sotong mulai garing.