Bila tiba hujung minggu, pastinya ada yang nak masak menu istimewa buat anak-anak dan suami. Antara yang mudah disediakan adalah aneka nasi tumis seperti Nasi Minyak, Nasi Briyani, Nasi Tomato dan lain-lain. Bagi yang tidak biasa, pasti rasa susah nak dapatkan nasi yang cantik dan masak sempurna.
Usah risau. Untuk mendapatkan Nasi Minyak, Nasi Briyani dan Nasi Tomato yang cantik serta tidak hancur, caranya mudah sahaja. Jom cuba petua perkongsian dari saudari Habibah Badar Bajrai ni. Pasti anda rasa lebih yakin.
Ads
CARA MASAK NASI TUMIS AGAR TAK HANCUR & MASAK SEMPURNA
Rendam beras Basmathi sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dimasak.
Tumis rencah yang diperlukan untuk nasi, kemudian masukkan air. Jumlahnya sama banyak dengan beras yang anda gunakan. Jika 3 cawan beras, makan airnya juga 3 cawan.
Biar sehingga air mendidih. Kemudian masukkan garam serta beras.
Setelah nasi hampir kering, kacau nasi dalam 2 kali kaup.
Tutup periuk, kecilkan api. Tudung periuk perlulah rapat agar wap panas tidak keluar. Jika penutup renggang, tindih dengan menggunakan lesung batu.
Elakkan membuka penutup periuk pada waktu ini kerana wap-wap yang terkumpul membantu proses memasak. Jika dibuka, wap akan ‘putus’ dan nasi akan menjadi seakan jelatah.
Bila agak-agak nasi dah masak, tutup api dan biarkan seketika. Jangan kacau atau gemburkan nasi kerana nasi yang panas akan mudah patah bila dikacau banyak kali.
Setelah nasi sedikit sejuk, bolehlah dihidangkan.
Ha..mudah kan? Ni RASA belanja satu resipi nasi mudah. Selamat mencuba!
Ads
NASI BRYIANI AYAM YOGURT
BAHAN-BAHAN:
Ads
500gm Beras Basmathi | rendam 30 minit dan tos
400gm ayam | potong sederhana
2 sudu makan minyak Sapi
1 sudu makan marjerin
1/2 cawan yogurt
1 biji Lemon | jusnya sahaja
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu teh bunga Lawang
1 batang Kayu Manis
2 sudu besar tomato puree
Daun Pudina secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sedikit Saffron | direndam dalam 1/2 cawan air panas
Gula & Garam
Air secukupnya
Pewarna kuning telur
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi bersama marjerin. Tumiskan rempah ratus, jintan manis,bunga lawang,kayu manis hingga wangi.
Masukkan ayam, kacau rata sehingga masak.
Masukkan tomato puri dan yogurt perasakan dengan gula dan garam.
Masukkan beras basmathi dalam periuk nasi bersama air secukupnya, tuangkan bahan tumisan tadi kacau mesra masak seperti biasa.
Apabila hampir masak,masukkan air safron,tutup dan biar masak.
Setelah masak percikkan sedikit pewarna kuning dan masukkan daun pudina segar dan tutup 5 minit Lgi.
Nasi sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Elakkan rendam beras Basmathi, terlalu lama dan kerap digaul semasa memasak. Ia akan menyebabkan beras patah dan nasi tidak cantik selepas dimasak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Waktu beli sotong di pasar elok pilih yang segar dan besar. Tapi lepas masak sotong jadi kecut dan makin kecil. Ramai yang merungut begini bila masak sotong.
Bagi memastikan sotong kekal dengan saiznya dan tak kecut sesudah dimasak ada petua yang boleh dipraktikkan. Caranya pun mudah saja, dikongsi oleh Zin Ros bagi mengelakkan sotong kecut cuma rebus seketika dengan bahan ini.
Petua elak sotong kecut lepas masak
Kalau nak masak sotong guna petua ini supaya sotong tak mengecil saiznya bila dimasak.
Caranya
1. Mula-mula siang sotong, buang semua tulang sotong. Selepas cuci masukkan kepala sotong ke dalam badan sotong kembali.
2. Kemudian rebus sotong dalam air selama 5-8 minit bersama 4 atau 5 keping asam keping.
3. Hasilnya bila masak sotong tak hanyir, saiznya kekal tak mengecut. Takde lah masa beli besar sotongnya tapi bila dah masak kecil je jadinya.
Ikan pari atau ikan ketuka adalah spesis ikan yang biasa kita jumpa dan sesuai dimasak dengan pelbagai cara. Biasanya ia enak dimasak asam pedas, dibakar bersama arang dan bermacam-macam lagi. Ikan Pari bersaiz lebih besar berbanding ikan Ketuka yang bersaiz lebih kecil. Namun tahukah anda cara-cara untuk memilih ikan pari dan ikan ketuka yang serta cara-cara mengatasi bau hancing ikan-ikan ini? Jom cuba petua di bawah.
CARA-CARA MEMILIH IKAN PARI:
Semasa memilih ikan, pastikan isi ikan pari berwarna cerah dan tidak gelap. Bagi ikan ketuka pula,biasanya ia dijual tanpa dipotong. Oleh itu untuk mengenalpasti tahap kesegarannya adalah dengan cara tekan badan ikan dan pastikan ia mempunyai tekstur pejal serta tidak lembik.
Hidu ikan-ikan tersebut sama ada berbau hancing atau tidak. Sebaiknya, pilih ikan yang tidak berbau hancing kerana ia memudahkan proses memasak.
Jika ikan Pari atau Ketuka yang anda beli berbau hancing, jangan dibuang kerana ia masih boleh dimasak dan dinikmati tanpa membantutkan selera. Apa yang anda perlukan ialah:
Ikan pari/ketuka
Asam jawa
Air
CARA-CARA:
1. Bersihkan ikan pari atau ketuka. Buang perut dan organ-organ dalamannya. Bilas hingga bersih.
2. Lumur asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air. Ratakan dan perap selama 20 minit.
Macam mana cara cuci kain pengelap yang kotor ni secara berkesan dan mudah? Ini mungkin jalan penyelesaian yang anda cari. Kain pengelap adalah benda yang wajib ada di setiap dapur. Berbanding tisu, kain lebih mudah digunakan untuk membersihkan kotoran memasak. Namun, jika tidak dibasuh dengan kerap, kain pengelap ini biasanya akan menjadi terlalu kotor dan busuk lebih-lebih lagi jika digunakan untuk mengelap tumpahan cecair dan minyak masak.
Kain pengelap yang terlalu kotor agak sukar dibersihkan dengan menggunakan sabun biasa. Malah, ramai suri rumah yang menggunakan peluntur untuk menanggalkan kotoran degil ini. Berkesan tapi kain pengelap akan menjadi mudah reput,, koyak dan luntur warnanya. Rugi! Tapi ada cara lain yang boleh dicuba. Petua mudah ini mampu memastikan kain pengelap sentiasa bersih dan selamat digunakan. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BERSIHKAN KAIN PENGELAP DAPUR TANPA GUNA PELUNTUR
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan Soda Bikarbonat
1/2 cawan cuka
1 mangkuk air panas
Kain Pengelap
CARA-CARA:
Masukkan soda bikarbonat ke dalam mangkuk berisi air panas.
Leganya tekak bila dapat minum Jus Limau Kasturi musim-musim panas begini. Bila musim panas, dapat pula minum minuman yang masam-masam, terasa segar seluruh tubuh....