Petua Hilangkan Batuk Yang Berlarutan!

Share

Batuk boleh mengganggu serta menjejaskan aktiviti harian kita. Ia akan membuatkan kita berasa tidak selesa sepanjang masa. Cuba petua yang diberikan pakar-pakar ubat China dan Taiwan ini untuk menggurangkan batuk yang berlarutan (persistence cough). Ianya sesuai untuk kanak kanak dan juga dewasa.

BAHAN-BAHAN

  • Buah Oren
  • Garam

CARA PENYEDIAAN

  1. Buah oren dipotong bahagian atas dan bawah (seperti yang ditunjukkan di dalam gambar)
  2. Tambah secubit garam di bahagian atas dan sapu rata. Jika boleh cucuk dengan garfu atau chopsticks sebelum tambah garam supaya garam dapat meresap dengan cepat ke dalam oren tersebut.
  3. Kukus selama 2 jam (masa nak kurangkan pun boleh tapi jus oren tidak banyak)
  4. Minum jus tersebut. Rasanya sedikit masin dan pahit. Buat dan minum sampai batuk berhenti.

Berkesan atau tidak terpulang kepada individual ya. 

Selamat mencuba!

Kredit: Jes Tham 

 

 

IKLAN