Petua Menjadi, Elak Minyak Masak Terpercik Masa Menggoreng. Tak Perlu Risau Lagi!

Share

Memasak makanan laut seperti sotong dan sebagainya adakalanya memerlukan ketahanan yang kental kerana percikan minyaknya yang bukan sedikit. Silap langkah, habis dapur anda berminyak. Belum kira yang kena pada kulit lagi.

Ada pelbagai cara yang dipesan oleh ibu kita untuk elakkan masalah ini. Ada yang kata guna tutup periuk, lap bahan masak supaya tiada air dan sebagainya. Salah satu petua lain yang boleh dicuba ialah dengan menggunakan garam.

Penggunaan garam kasar amatlah membantu anda. Masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak gorengan yang hendak dipanaskan kemudian barulah dimasukkan bahan gorengan seperti biasa. Hasilnya tiada percikan minyak panas lagi.

 

Selamat mencuba!

 

IKLAN