Petua Buat Sambal Belacan Sedap. Ikut 4 Cara Ni Comfirm Puas Hati

Share

Tengok gambar sahaja dah boleh rasa kesedapan Sambal Belacan ni. Menurut empunya resipi; saudari Nurulain Insyirah ada petua untuk mendapatkan rasa sambal belacan yang sedap. Kalau ikut cara ni, InsyaAllah hasilnya pasti tidak menghampakan. Bolehlah buat stok. Tahan lama kalau simpan dalam peti sejuk. Nak tahu caran buat Sambal Belacan sedap? Ini rahsianya.

PETUA BUAT SAMBAL BELACAN YANG SEDAP

Untuk menghasilkan Sambal Belacan yang enak, ada 4 tip yang boleh dicuba.

1. Bakar belacan sekejap supaya sambal jadi lebih beraroma.
2. Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam. Ia adalah petua supaya Sambal Belacan tahan lama.
3. Limau kasturi yang dikisar bersama kulit (pastikan biji dibuang) akan membuatkan sambal jadi lebih wangi dan sedap.
4. Semasa mengisar, guna beberapa biji cili api yang masih bertangkai. Ia adalah petua supaya tidak sakit perut apabila makan sambal.

 

RESIPI SAMBAL BELACAN PADU

BAHAN-BAHAN:
6 biji limau kasturi – dibuang biji
50gm belacan yang telah dibakar beli online disini
3 biji cili merah
1 biji cili hijau
8 biji cili padi hijau
25 biji cili padi merah


100ml air asam jawa pekat beli online disini
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
1.Satukan limau kasturi, belacan, cili merah, cili hijau, cili padi merah, cili padi hijau dan air asam jawa. Kisar kasar.


2. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya.
3. Untuk menyimpannya, masukkan ke dalam bekas bersih, tutup rapat dan simpan dalam peti sejuk.
4. Jika ingin menyediakan Sambal Belacan dalam kuantiti yang banyak, boleh gandakan sukatan bahannya.

Kredit resipi & foto: Nurulain Insyirah

 

Anda ada banyak tip memasak yang menarik? Jom kongsi dengan kami! Mana tahu wang tunai RM500 bakal menjadi milik anda.

Nak Kongsi Tip Memasak anda? Klik DISINI untuk penyertaan

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/koleksi-resipi-lauk-telur-ayam-daging-boleh-masak-sepanjang-pkp/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN