Petua Buat Bebola Kentang Cheese Sedap & Tidak Pecah Masa Goreng

Share

Bebola Kentang Cheese, snek ringkas yang sangat mudah untuk disediakan untuk suami dan anak-anak. Boleh dinikmati bila-bila masa, hidangan ini ternyata tidak sukar disediakan. Hanya memerlukan beberapa bahan yang mudah didapati. Nak cuba? Saudari Fia Sofia ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

RESIPI BEBOLA KENTANG CHEESE SEDAP & RANGUP

BAHAN-BAHAN:
6 biji ubi kentang beli online disini


2 sudu gula beli online disini
1 sudu teh maggi cukup rasa
Keju Mozzarella secukupnya – potong dadu beli online disini
2 biji telur
Serbuk roti secukupnya beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Kupas ubi kentang kemudin rebus sehingga empuk.
2. Lenyek ubi kentang sehingga halus. Masukkan bahan perasa dan gula. Sebatikan.
3. Bulatkan ubi kentang ikut saiz kesukaan kemudian leperkan guna tangan. Isikan kepingan keju kemudian bulatkan jadi bentuk bebola. Lakukan hingga habis.


4. Masukkan bebola kentang ke dalam bancuhan telur kemudian salutkan dengan serbuk roti.


5. Ulang langkah 4 sekali lagi agar lapisan lebih tebal dan kentang tidak mudah pecah semasa digoreng.
6. Goreng bebola kentang di dalam minyak panas. Gunakan api yang sederhana
sehingga bebola kentang menjadi kekuningan.


7. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Fia Sofia

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN