Kerang boleh dimasak dengan pelbagai cara, buat sambal atau rendang semuanya sedap. Cumanya jadi leceh sebab nak bersihkan kulit dari kotoran lumpur atau selut.
Sebenarnya nak bersihkan kulit kerang ni ada banyak cara, tak perlu nak cuci satu-satu pun. Malah ada cara yang akan buatkan isi kerang lebih enak.
Petua mudah bersihkan kulit kerang
Cara 1: Guna serai
Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan sehingga hancur. Rendam dengan air sama cukup dengan kerang. Gaul dengan tangan. Biarkan selama 10 minit dan toskan. Anda akan dapati kulit kerang akan lebih bersih.Kalo ada serai la kan.
Cara 2: Pelepah pisang
Ambil beberapa batang pelepah pisang dan sedikit daunnya lalu digosokkan pada kerang. InsyaAllah kerang cepat cuci dan isi kerang lebih enak rasanya.
Ads
Foto: Facebook Masak Apa Hari Ni
Cara 3: Daun ubi
Gaul dengan daun ubi. Ramas-ramaskan, tetap bersih jugak.
Cara 4: Daun betik
Guna daun betik pun boleh putih bersih.
Cara 5: Gaul hampas kelapa
Gaul kerang dengan hampas kelapa dan biarkan sejam dua. Kulit kerang akan putih bersih.Ni kalau ada kelapa la kan. Kat rumah ni saya guna santan saja untuk memasak.
Cara 6: Basuh dengan bawang putih
Basuh dengan bawang putih yang ditumbuk pun boleh.
Cara 7: Rendam air beras
Rendam dengan air beras untuk bersihkan kerang.
Ads
Cara 8: Asam keping
Rendam asam keping pun boleh, dalam setengah jam saja. Nanti putih bersih kerang.
Ads
Cara 9: Garam
Rendam kerang guna garam.
Cara 10: Serbuk kunyit
Rendam kerang dalam semangkuk air yang dah masukkan serbuk kunyit. Rendam selama 16 minit. Cara ini paling best.
Tepung antara stok yang kena ada di dapur. Ramai juga yang membelinya dalam dua atau tiga pek supaya tak putus bekalan. Selalunya kita akan simpan tepung ini dalam kabinet.
Tapi kemungkinan besar tepung yang disimpan sebegini tidak tahan lama. Selalu akan ada ulat yang masuk dalam tepung ini, malah mungkin bertelur. Kalau dah banyak memang terpaksa dibuang, jatuh rugi pula.
Bagi memastikan tepung yang disimpan tahan lama dan tak rosak boleh gunakan tip yang dikongsi oleh Mastura Fuad. Berikut adalah perkongsian beliau.
Cara simpan tepung tahan lama
Saya share macam mana saya simpan tepung gandum dan pelbagai jenis tepung untuk tempoh yang lama.
– Tepung yang dibeli saya masukkan dalam freezer dalam 2 minggu. Jangan bimbang tepung tetap tidak akan beku tetapi cara ini akan mematikan segala kutu atau telur ulat tepung yang berada dalamnya.
– Boleh saja nak simpan dalam freezer selama satu minggu, tapi saya sengaja lamakan sikit .
– Selepas itu keluarkan tepung dan biarkan pada suhu bilik hingga hilang sejuk dan wap.
– Lap untuk keringkan paket bungkusan tepung tadi dan simpan dalam zipper bag.Guna 2 zipper bag utk setiap peket tepung. Zipper bag kedua masukkan berlawan arah bahagian lock/kepala zipper bag tu. Jadi ada perlindungan ekstra dari segala kutu yang mungkin masuk jika plastik bocor.
– Akhir sekali simpan dalam balang plastik. Insya-Allah tepung tahan lama tak berulat.
INFO: Tarikh luput tepung kebiasaannya 6 bulan selepas dibuka.
Ruang dapur adalah antara ruang yang paling sibuk di dalam sebuah kediaman. Malah tidak dinafikan juga ruang tersebut biasanya akan digunakan sepanjang hari oleh penghuninya. Menyedari hal ini, ramai antara kita akan melengkapkan ruang dapur dengan barangan elektrik yang dapat membantu dan memberi kemudahan serta keselesaan kepada seisi keluarga.
Penggunaan alatan seperti penghawa dingin, peti sejuk, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik dan sebagainya tidak dapat dinafikan keperluannya. Penggunaan tenaga elektrik yang tidak cekap tentu sahaja akan menggalakkan pembaziran dari segi kos perbelanjaan. Tahukah anda, sebenarnya penggunaan tenaga elektrik boleh dijimatkan?
Peti sejuk dan penyejuk beku
Peti sejuk antara peralatan elektrik yang paling mahal kos pembiayaannya di dalam rumah. Ini kerana ia digunakan sepanjang hari tanpa henti. Oleh itu potensi untuk menjimatkan penggunaan tenaga adalah tinggi.
Apa yang perlu anda lakukan
Pilih peti sejuk yang menepati keperluan keluarga. Peti sejuk bersaiz sederhana akan menggunakan tenaga elektrik kurang berbanding saiz peti sejuk yang lebih besar.
Jika hendak meninggalkan rumah untuk jangka masa yang panjang, kosongkan peti sejuk dan tutup suisnya dan biarkan pintu terbuka.
Susun makanan di dalam peti sejuk dengan kemas supaya aliran pengudaraan berjalan dengan lancar.
Pastikan makanan yang ingin disimpan di dalam peti sejuk dibiarkan sejuk dahulu jika panas.
Elak daripada kerap membuka pintu peti sejuk atau jangan sengaja membiarkan pintu peti sejuk terbuka begitu sahaja.
Ruang penyejuk beku sebaiknya sentiasa penuh bagi mengelakkan pembentukan ais.
Nyah fros penyejuk beku hanya dilakukan apabila terdapat fros setebal 6mm atau ¼ inci.
Selaraskan suhu pada -18 C dan ia akan membantu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sebanyak 60kWj setiap tahun-
Cerek elektrik
Cerek elektrik menggunakan tenaga yang kurang jika ingin dibandingkan dengan penggunaan alat pemanas untuk mendidihkan air. Di dalam cerek elektrik terdapat elemen pemanas yang diletakkan terus di dalam cerek. Sistem ini berfungsi untuk mengurangkan kehilangan haba terjadi dan secara tidak langsung penggunaan elektrik dapat dijimatkan. Pun begitu ada cara lain yang difikirkan boleh dipraktikkan untuk tujuan penjimatan penggunaan tenaga elektrik.
Apa yang perlu anda lakukan :
Gunakan dapur gas untuk mendidihkan air kerana ia lebih murah dan efisien.
Jika ingin membeli cerek elektrik, pastikan saiznya bersesuaian dengan keperluan. Lebih besar saiz cerek bermakna lebih masa yang diambil untuk memanaskan air dan ini bermakna penggunaan tenaga elektrik menjadi lebih tinggi.
Ketuhar gelombang mikro
Ketuhar gelombang mikro menjadi pilihan kerana ia menggunakan tenaga yang kurang dan dapat memasak dengan lebih cepat. Ia juga boleh digunakan untuk tujuan memanaskan makanan.
Menggandakan penjimatan tenaga elektrik, apa yang perlu anda lakukan :
Padam ketuhar awal lima minit sebelum had masa memasak kerana ia dapat menggunakan haba yang tersimpan di dalam ketuhar tersebut untuk makanan masak sepenuhnya. Ini akan membantu menjimatkan penggunaan tenaga dan kos elektrik.
Pastikan pintu ketuhar sentiasa ditutup semasa memasak. Jika ingin memeriksa masakan lihat melalui pintu ketuhar sahaja.
Hud dapur
Penggunaan hud juga memerlukan sumber tenaga elektrik untuk berfungsi. Namun kosnya tidaklah mahal. Pun begitu ia perlu juga digunakan secara cekap untuk memastikan penjimatan dapat dilakukan.
Apa yang perlu anda lakukan :
Pilih hud dapur yang cekap tenaga kerana ia mampu menjimatkan pembayaran bil elektrik.
Hud yang menggunakan motor lebih berpotensi tinggi untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan tahan lebih lama.
Padamkan suis setiap kali selesai memasak.
INFO:
Penggunaan elektrik sebenarnya dapat dijimatkan jika digunakan secara cekap. Penjimatan yang dapat dibuat pastinya akan dapat mengurangkan kos perbelanjaan bil bulanan dan secara tidak langsung tabungan dapat dibuat.
Ketam salah satu makan laut yang digemari ramai kerana rasanya yang sedap. Untuk menikmati ketam segar, selain makan di restoran, anda juga boleh masak sendiri di rumah, dengan kos lebih murahkan?
Jika alasannya tidak pandai bersihkan ketam sebagai sebab tak masak sendiri ketam di rumah. Jangan risau ini ada tip mudah untuk membersihkan ketam segar sebelum sedia dimasak.
1. Pastikan kedua belah penyepit ketam dalam keadaan terikat jika masih hidup.Kemudian terbalikan badan ketam dan carilah bahagian yang berbentuk segi tiga di bawah badannya. Tarik dan pisahkan dari badan ketam.
2. Buang insang yang lembut seperti plastik di kiri dan kanan badan ketam dan cici bersih segala kotoran yang melekat di bawah paip mengalir, Bersihkan juga lendir di bahagian tengah ketam di bawah air mengalir perlahan.
3. Selepas bersih pisahkan penyepitnya, kemudian buang sedikut hujung penyepit dan ketuk supaya mudah dimakan nanti. Seterusnya dan gunting sedikit kaki-kaki ketam dengan gunting dapur.
4. Jika perlu potong ketam kepada dua bahagian sebelum sedia di masak.
5. Setelah siap dibersihkan anda perlu segera memasak ketam dengan resipi kesukaan keluarga. Tetapi pastikan anda tidak memasak ketam terlalu lama.
Lepas ni anda dah tak ada masalah nak bersihkan ketam lagi…