Masak asam pedas mungkin ramai yang dah tahu tapi untuk menjadikan rasanya sedap, kuat pekat cukup rasa masam dan pedas tak semua ada kemahiran ini.
Biasanya kena cuba buat berulang kali barulah dapat rasa yang sedap seperti diingini. Tapi kalau nak cara pantas boleh ikut cara masak asam pedas yang sedap dikongsi Siti Nor Azizah Rahim.
Asam pedas yang dihasilkan memang kaw malah isi ikan pun terasa sedapnya. Ini kerana cara menyediakankan ikan untuk menu ini pun sedikit berbeza.
Ads
Resipi asam pedas betul-betul kaw
Bahan-bahan:
Ikan kembung/jenahak/pari/siakap/parang
Kunyit hidup
Halia
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering
2 batang serai (dititik)
Minyak untuk menumis
Air asam jawa
Bendi & tomato
Garam
Daun limau purut/daun kesum/bunga kantan
Cara membuat:
Pertama sekali basuh bersih ikan kemudian lumur dengan kunyit hidup yang ditumbuk. Inilah yang buat rasa ikan asam pedas jadi lagi sedap terutama bila diratah.
2.Halia, bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup sikit (dikisar)
3.Cili kering dikisar (kalau nak kuah pekat kena letak banyak, baru kuah jadi umphhh).
4.Lada hitam biji tumbuk (kalau tak suka pedas tak perlu guna). Masukkan juga serai yang dititik.
5. Tumis bahan di atas dengan minyak. Minyak kena banyak baru cili jadi cantik. Tumis sampai naik bau dan cili bertukar warna gelap.
6.Selepas itu masukan air asam jawa. Jangan terlebih air nanti kuah jadi cair dah tak sedap.
Ads
7. Bila mendidih kecilkan api baru masukkan ikan satu-satu. Biarkan ikan masak sempurna. Kemudian masukkan pula bendi dan tomato pula.
8.Tabur sedikit garam pada kuah. Jangan banyak garam sebab ikan tadi dah dilumur dengan garam.
9.Tabur lah daun limau purut/daun kesum atau bunga kantan supaya aromanya harum.
Lauk bajet tapi sangat membuka selera. Di zaman semua bahan naik harga dan mahal ni, ada baiknya kita berjimat cermat dalam apa-apa urusan seharian. Begitu juga dengan masakan. Jika anda seorang yang gemarkan lauk pauk ringkas, koleksi resipi di bawah ini boleh dicuba. Walaupun hanya menggunakan ikan sardin, ikan keli, telur dan sayur-sayur kampung, anda masih boleh hasilkan lauk pauk yang hebat dan enak. Jom cuba!
1. SAMBAL KERING IKAN SARDIN
.
BAHAN-BAHAN
500gm ikan sardin segar – bersihkan dan potong dua
15 tangkai cili kering – kisar
5 ulas bawang merah – kisar
4 ulas bawang putih – kisar
1 batang serai – kisar
1 biji bawang besar hiris
Sedikit air asam Jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ikan bersama sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing dan ketepikan.
Keluarkan sedikit minyak, tumis pula bahan kisar.
Masukkan gula, garam dan hirisan bawang besar.
Bila sambal menjadi garing dan kehitaman, masukkan ikan.
Tutup api dan gaul rata dan sekata rasa.
Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Selain ikan sardin boleh juga guna ikan lain yang saiznya kecil.
2. IKAN KELI BERLADO
.
BAHAN-BAHAN:
500gm ikan keli – lumur dengan garam dan kunyit
30gm cili api merah
200gm cili merah
100gm bawang besar
2cm belacan
2 keping asam gelugur
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan keli yang telah dilumur dengan garam dan kunyit hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Kisar kasar cili api, cili merah, bawang besar dan belacan. Ketepikan.
Untuk membuat sambal; menggunakan minyak yang sama tadi, tumis bahan kisar bersama asam keping hingga garing dan terbit bau.
Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tumis sehingga bahan tumisan masak sepenuhnya.
Tuangkan sambal ke atas ikan yang telah digoreng.
Sedia dinikmati.
INFO CHEF: Boleh tambah kuantiti cili padi jika mahu lebih pedas.
3. KURMA TELUR
.
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur- rebus & kupas kulit
150gm rempah kurma – bancuh dengan air
1 labu bawang besar – belah 6
1 biji cili merah – belah dua
1 biji kentang – belah 4
500ml santan
3 ulas bawang merah – kisar
2 ulas bawang putih – kisar
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis dan bawang yang telah dikisar tadi. Biarkan ia garing seketika.
Masukkan pes rempah kurma bersama kentang, kacau sebati.
Masukkan santan dan biarkan ia mereneh hingga kentang empuk.
Kemudian masukkan hirisan cili merah, bawang yang telah dibelah, kacau dan biar mendidih seketika.
Masukkan telur, kacau seketika dan tutup api.
Angkat dan sedia dihidangkan.
4. KARI TELUR
.
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur – rebus
150gm rempah kari – bancuh dengan air
5 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah – kisar
2 ulas bawang putih – kisar
2 biji terung bulat – belah empat
1 tangkai daun kari
375gm santan
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bawang putih dan bawang merah kisar bersama daun kari. Biar hingga naik bau.
Masukkan pes rempah kari dan kacau hingga sekata.
Masukkan terung dan masak hingga terung layu.
Kemudian masukkan santan dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Masukkan telur dan biarkan mendidih.
Tutup api dan sedia dinikmati.
5. PUCUK UBI GORENG IKAN BILIS
.
BAHAN-BAHAN:
500 gm pucuk ubi kayu rebus
150 gm ikan bilis – kisar kasar
7 ulas bawang merah – kisar kasar
4 ulas bawang putih – kisar kasar
10-15 tangkai cili padi – kisar kasar
Garam dan gula secukupnya
150ml minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan pucuk ubi, gaul rata di atas api sederhana.
Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api dan terus kacau sehingga pucuk ubi agak kering.
Setelah cukup rasa angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Untuk lebih rasa bilis boleh tambah lebih ikan bilis.
6. PERIA TUMIS IKAN BILIS
.
BAHAN-BAHAN:
4-5 biji peria katak – hiris nipis.
150gm ikan bilis – kopek
150ml santan pekat
4 ulas bawang merah – kisar
2 ulas bawang putih – kisar
10 tangkai cili padi – kisar
1 sm kunyit hidup – kisar
Sedikit air asam Jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Ramas peria bersama garam kasar dan sedikit cuka makan. Cuci dan tos.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan peria, kacau rata.
Akhir sekali masukkan santan pekat, garam gula dan air asam secukupnya.
Kecilkan api kacau rata sehingga timbul minyak.
Angkat dan hidang.
INFO CHEF: Tujuan peria diramas dengan garam dan cuka adalah untuk mengurangkan rasa pahit.
Anda peminat ikan bakar? Jika ya, resipi Ikan Bakar Asam Jawa ni tentunya yang perlu anda cuba. Sangat mudah disediakan malah rasanya juga enak. Sesuai dijadikan sajian istimewa keluarga tercinta. Saudari Rosmaliza Omar kongsikan resipi buat semua. Jom lihat bahan-bahan serta cara pembuatannya.
CARA MEMASAK: 1. Ikan Cencaru/ siakap dibelah belakang dan dibersihkan. Lumur ikan dengan sedikit garam. Ketepikan sebentar. 2. Masukkan semua bahan-bahan diatas dalam mangkuk. Gaul hingga rata.
2. Rasakan masam manis pes ni supaya seimbang semuanya. Tambah gula sekiranya pes terlebih masam. 3. Kemudian sudukan pes ke dalam perut ikan dengan secukupnya.
4. Letakan sedikit minyak ke dalam pemanggang ajaib, susunkan ikan cencaru yang telah disumbat dengan pes tadi dan bakar hingga masak.
5. Ikan Bakar Asam Jawa siap untuk dihidangkan.
NOTA: Pes ikan bakar ni mesti ada rasa masam dan manis. Gula mesti lebih untuk seimbangkan rasa masam pes asam jawa.
Kalau dah rasa kari mamak yang sedap memang boleh buat kita ketagih. Itu sebabnya ramai yang ke sini hampir setiap minggu.
Jika dah begini elok juga kalau belajar buat sendiri. Boleh ikut tip dan juga resipi perkongsian Ida Zairi ini. Menurutnya resipi ini digunakan oleh peniaga nasi kandar popular Pulau Pinang.
Tip masak kari mamak sedap, letak beras sangai
Santan digantikan dengan beras yang disangai dan ditumbuk. Tujuannya untuk pekatkan kuah dan beri rasa lemak.
Cara buat kari ikan tanpa santan, pekat & berlemak
Bahan-bahan:
3 ketul ikan (ikan yang sesuai buat kari)
2 biji bawang merah (hiris)
1 ulas bawang putih (hiris)
Halba/biji sawi/jintan manis
Daun kari
6 sudu rempah kari & 2 sudu cili giling (jadikan pes)
1 genggam beras (sangai dulu & kisar halus)
1 sudu asam jawa
Air secukupnya
Bendi
Tomato
Garam
Daun kari
Cara membuat:
1. Panaskan satu senduk minyak, tumis bawang merah & bawang putih sehingga layu.
2. Masukkan halba, biji sawi & jintan manis serta daun kari.
3. Masukkan pes rempah kari. Masak sampai pecah minyak dengan api perlahan.
4. Bila dah pecah minyak masukkan beras sangai yg dah dikisar. Kacau dan masukkan air.
5. Tunggu hingga mendidih kemudian masukkan bendi & ikan.
6. Perasakan & masukkan tomato. Patahkan cili hijau & tutup api. Siap!
Leganya tekak bila dapat minum Jus Limau Kasturi musim-musim panas begini. Bila musim panas, dapat pula minum minuman yang masam-masam, terasa segar seluruh tubuh....