Masalah peti ais biasanya akan mula berlaku selepas beberapa tahun digunakan. Antara isu yang sering dihadapi ialah peti ais bahagian bawah tak sejuk. Bila perkara ini terjadi, ia boleh menjejaskan makanan yang disimpan kerana ruang bawah biasanya paling banyak digunakan untuk menyimpan bahan basah dan sayur.
Bagi anda yang berdepan masalah sama, boleh cuba dahulu cara mudah yang dikongsi oleh Muhammad Rofiq sebelum mendapatkan bantuan daripada technician. Cara ini juga dikongsi oleh sahabatnya yang memang bekerja dalam bidang pembaikan peti sejuk.
Menurut beliau, peti ais yang masih sejuk di bahagian atas tetapi tidak di bahagian bawah boleh dibaiki sendiri dengan langkah mudah berikut:
Menurut penjelasan daripada sahabatnya yang pakar, masalah ini berlaku kerana ada ais beku yang tersumbat di antara lubang angin dari bahagian atas ke bawah. Apabila dibiarkan rehat seketika, ais yang beku akan cair dan aliran udara sejuk dapat kembali normal.
Selepas melakukan langkah ini, ramai pengguna mendapati suhu bahagian bawah peti ais kembali sejuk seperti biasa. Alhamdulillah, cara ini berjaya tanpa perlu membayar kos pembaikan.
Namun begitu, jika masalah yang sama berlaku berulang kali, sebaiknya dapatkan khidmat technician bertauliah. Ini kerana kemungkinan besar ada komponen lain yang rosak seperti thermal sensor, timer atau heater di dalam peti sejuk.
Untuk memastikan peti ais tahan lama dan berfungsi dengan baik, pastikan lokasi letaknya di tempat yang terlindung daripada haba atau cahaya matahari terus. Peti ais yang diletakkan di tempat panas akan bekerja lebih keras untuk mengekalkan suhu sejuk, sekali gus menyebabkan penggunaan elektrik meningkat dan jangka hayatnya berkurang.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak tip dan petua dapur di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video TIP & Trick di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official