Pesta Seri Rasa x RASA 2026 Berlangsung Dengan Meriah, Satukan Makanan, Budaya & Komuniti

Share

Enam hari penuh dengan warna, rasa dan pengalaman menarik! Pesta Seri Rasa x RASA 2026 yang berlangsung sempena Festival Budaya Malaysia 2026 berjaya membawa pengunjung lebih dekat dengan dunia makanan menerusi aktiviti interaktif, pertandingan dan pelbagai pengalaman kulinari.

Kemeriahan Pesta Seri Rasa x RASA 2026 yang berlangsung dari 11 hingga 16 September 2026 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur melabuhkan tirainya selepas enam hari menghimpunkan penggemar makanan, keluarga dan komuniti dalam suasana yang cukup meriah. Acara ini bukan sahaja meraikan kepelbagaian makanan, malah menjadi platform untuk mendekatkan RASA dengan masyarakat melalui pengalaman secara langsung.

Sepanjang enam hari berlangsung, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai pilihan makanan selain menyertai aktiviti yang disediakan di reruai RASA. Antara yang mencuri perhatian ialah Coffee Painting Corner, aktiviti kreatif yang memberi peluang kepada kanak-kanak menghasilkan karya menggunakan medium kopi.

Turut berlangsung ialah sesi trivia yang menguji pengetahuan pengunjung sambil menawarkan hadiah istimewa selain diberi keropok dan kerepek secara PERCUMA. Aktiviti santai sebegini menjadikan kunjungan ke reruai RASA bukan sekadar untuk melihat-lihat, tetapi turut memberi ruang kepada seisi keluarga untuk meluangkan masa bersama.

Pesta Seri Rasa x RASA 2026 Agih 2,026 Pek Nasi Goreng Kampung

Antara acara utama yang berlangsung pada 13 September 2026 ialah pengagihan sebanyak 2,026 pek Nasi Goreng Kampung

secara percuma kepada pengunjung.

Aktiviti bersama Ajinomoto dan Seri-Aji® itu merupakan sebahagian daripada usaha mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori “Most ‘Nasi Goreng Kampung’ Giveaway In An Event”. Pengagihan dalam jumlah yang besar itu sekali gus menjadi antara momen yang mencuri tumpuan sepanjang penganjuran Pesta Seri Rasa x RASA 2026.

Ia bukan sekadar aktiviti agihan makanan, malah menggambarkan bagaimana hidangan yang begitu dekat dengan rakyat Malaysia seperti Nasi Goreng Kampung boleh menjadi sebahagian daripada pengalaman besar yang menghubungkan jenama, komuniti dan pengunjung dalam satu acara.

Nasi Goreng Kampung ini disediakan menggunakan Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Kampung, yang memudahkan penyediaan hidangan nasi goreng dengan rasa yang cukup lengkap, sedap dan menyelerakan.

Sepanjang festival berlangsung, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan untuk pengunjung. Salah satu daripadanya ialah Demo Masakan. Ajinomoto menyediakan beberapa menu untuk dinikmati secara percuma, antaranya Seri-Aji® Nasi Goreng Kampung, Seri-Aji® Tom Yam Oden, TUMIX® Omelette, AJI-SHIO® Grilled Chicken dan minuman Limeade yang menyegarkan.

Selain itu, terdapat jualan istimewa di booth Ajinomoto sepanjang acara berlangsung. Antara promosi yang ditawarkan termasuk Merdeka Bundle Set dengan hadiah Merdeka Blind Box percumaSeri-Aji® Value Pack pada harga hanya RM12, serta “AJINOMOTO” Lime Seasoning Powder 400g dengan tawaran Beli 1 Percuma 1 pada harga RM12. Lebih menarik, setiap pembelian turut melayakkan pengunjung menerima baucar eCommerce bernilai RM5 secara percuma.

Pertandingan Sempena Hari Malaysia Tambah Meriah

Kemeriahan Pesta Seri Rasa x RASA diteruskan pada 16 September, bersempena sambutan Hari Malaysia, menerusi dua pertandingan yang mengetengahkan elemen makanan dan minuman tempatan.

Pertandingan Roti Canai Terbang Melayang tampil dengan aksi menarik para peserta sambil dimeriahkan dengan penampilan Chef Matt, The Flying Chef. Seni menebar roti canai yang biasanya dapat dilihat di kedai mamak dibawa ke ruang pertandingan, sekali gus memberi pengalaman berbeza kepada pengunjung.

Tidak kurang menariknya ialah Pertandingan Teh Tarik Master dibawakan oleh OKI yang turut menampilkan Fakir, Teh Tarik King. Pertandingan ini memberi ruang kepada peserta lelaki dan wanita menunjukkan kreativiti serta kemahiran menghasilkan aksi teh tarik masing-masing, dengan hadiah wang tunai menanti para pemenang.

Dalam pertandingan ini, para peserta menggunakan OKI Kopi dan Teh Tarik Sweetened Creamer. Produk ini mempunyai ciri pembentukan buih yang lebih baik, Easy Open End dan tersedia dalam saiz 500 gram, 1 kilogram & juga 2.5 kilogram. Seiring perkembangannya, OKI meluaskan rangkaian kepada minyak masak, produk bakeri dan konfeksi, produk tenusu serta premix savoury untuk pengguna dan pengusaha makanan.

Sepanjang Pesta Seri Rasa x RASA 2026, booth OKI turut menjadi antara tarikan pengunjung dengan pelbagai promosi dan aktiviti menarik. Pengunjung berpeluang menikmati OKI Chocolate Malt Drink

secara percuma, selain mendapatkan tawaran Super Value Sales hanya RM16.99 untuk set OKI Chocolate Malt Drink 1kg bersama OKI Evaporated Creamer 390gm.

Lebih meriah, setiap pembelian turut membuka peluang untuk menyertai OKI Spin & Win, di mana pengunjung boleh memusing roda dan membawa pulang pelbagai hadiah menarik. Dari minuman percuma, tawaran istimewa hinggalah hadiah untuk dimenangi, kehadiran OKI berjaya menambahkan lagi kemeriahan festival dan memberi pengalaman menyeronokkan buat para pengunjung bersama OKI – Everyday Good!

Kedua-dua pertandingan ini membuktikan bahawa makanan dan minuman bukan sekadar untuk dinikmati, malah mempunyai nilai seni, kemahiran dan identiti tersendiri yang begitu sinonim dengan budaya masyarakat Malaysia.

Bukan Sekadar Tentang Makanan

Selain aktiviti berkaitan makanan, pengunjung yang berminat dalam bidang penciptaan kandungan turut berpeluang mendapatkan pendedahan melalui seeNI Creator Academy. Inisiatif ini memberi peluang kepada bakal pencipta kandungan mendapatkan khidmat nasihat dan perkongsian daripada pakar industri.

Pendekatan tersebut menjadikan Pesta Seri Rasa x RASA 2026 sebuah acara yang lebih menyeluruh kerana pengunjung bukan sahaja datang untuk menikmati makanan, tetapi turut membawa pulang pengalaman, ilmu dan inspirasi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Syamil Fahim Mohamed Fahim, penglibatan RASA dalam acara ini bertujuan membawa jenama tersebut lebih dekat kepada komuniti sambil meraikan makanan sebagai sebahagian daripada budaya dan identiti rakyat Malaysia.

Sokongan Penaja Turut Meriahkan Pesta Seri Rasa

Kejayaan Pesta Seri Rasa x RASA 2026 turut diserikan dengan sokongan rakan penaja, Ajinomoto Malaysia dan OKI, yang sama-sama membawa pengalaman menarik buat para pengunjung sepanjang acara berlangsung.

Sokongan kedua-dua penaja ini bukan sahaja membantu menjayakan pelbagai aktiviti sepanjang festival, malah menjadikan pengalaman pengunjung lebih meriah, interaktif dan penuh dengan momen yang boleh dikenang.

Terima kasih Ajinomoto Malaysia dan OKI atas sokongan serta kepercayaan dalam menjayakan Pesta Seri Rasa x RASA 2026. Tidak dilupakan juga semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan acara selama enam hari ini berlangsung dengan jayanya.

Selepas enam hari dipenuhi makanan enak, aktiviti keluarga, pertandingan dan pengalaman interaktif, Pesta Seri Rasa x RASA 2026 meninggalkan kenangan tersendiri buat para pengunjung. Lebih daripada sekadar festival makanan, acara ini menjadi ruang yang menyatukan masyarakat menerusi satu perkara yang begitu dekat dengan kita semua iaitu rasa.

Semoga kemeriahan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Mana tahu, kita berjumpa semula dalam edisi seterusnya dengan lebih banyak makanan, lebih banyak aktiviti dan tentunya lebih banyak momen menarik untuk dikenang.

Published by
Naqiyatul Uzma