
Ikan bakar rahsia kesedapannya terletak pada pes yang dibuat tu. Cuba check kat dapur tu ada tak lengkuas, halia serai , bawang merah , udang kering atau belacan, dah cukup mantap buat pes ikan tu. Cili merah , cili padi dan daun limau purut barulah lengkap.
Eh jangan lupa ikan segar kenalah ada. Ikan siakap boleh, pari atau lain-lain jenis ikan okay aje. Kenalah ada sambal air asamnya sekali ya. Jom kita follow resipi yang dikongsikan oleh Habeebah Mohd Daud ni. Tengok rupa pun dah tau sedap
PES IKAN BAKAR
BAHAN-BAHAN :
- 2 inchi lengkuas
- 3 inci halia
- 5 btg serai
- 8 biji Bawang merah
- 1biji bawang holland
- 1sudu udang kering @ belacan
- 8 biji cili padi. – boleh tambah kalau nak lagi pedas berapi
- 3 biji cili merah
- 3 helai limau purut

CARA MEMASAK :
1. Kisar semua bahan sampai lumat.
2. Tumis dgn minyak yg agak byk, kemudian masukkan cili boh 4-5 sudu.
3. Masukkan garam gula..serbuk perasa dan asam keping .
4, Tumis hingga pecah minyak, siap.
**nak Bakar ikan, lumur jer atas ikan tu, balut dengan aluminium foil atau daun pisa ng. Balut bagi kemas Bakar atas dapur.
**udang dan sotong pon sesuai jgk.
**tahan sehingga 1- 2minggu di luar peti ais.
SAMBAL AIR ASAM
BAHAN-BAHAN :
- 7-10bj cili padi(ikut citarasa nak pedas bubuh lebih)
- 2 biji cili besar(merah)
- 2 biji bawang merah
- 2 sudu Pes asam jawa adabi
- 1sudu belacan
- Garam gula(secukup rasa)
CARA MEMASAK :
1. Dah siap kisar, campurkan dengan bahan di bawah ni:
- 1 biji tomato-hiris
- 3 biji cilipadi -hiris
- 1 biji bawang besar-hiris
- 2 biji limau nipis(perahkan)
Gaul semua bagi sebati. Makan dengan ikan bakar memang kecur air liur…nikmatnya
Kredit Fb : Habeebah Md Daud
FB : Resepi Masakan Isteriku
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sup Cendawan Ala Pizza Hut & Roti Bawang Putih, Mudah dan Sedapnya.

Roti Bawang Putih memang sedap bila dipadankan dengan Sup Cendawan Berkrim. Buat hidangan Tengah Malam (supper) mahupun dimakan sarapan memang mantaplaa. Super jiimat dan super sedap.
Kalau badan terasa nak demam atau hilang selera makan, dua sajian ni memang gerenti tak tolaklah. Sungguh membuka selera. Jom semak resipi yang dikongsikan oleh Yatie Yusof ini yang biasa memasaknya apabila diminta anak-anak bila demam dan tak berselera makan nasi.
MUSHROOM SOUP ALA PIZZA HUT
BAHAN-BAHAN :
- 300ml air
- 500ml susu segar
- 1-2 kiub ayam
- 1/2 sudu teh daun parsley
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu makan mentega
- 1 tin cendawan butang | potong hiris @ cincang)
- Sedikit serbuk perasa | jika suka
CARA MEMASAK :
- Masukkan air dan susu segar dalam periuk. Masak hingga mendidih
- Kemudian masukkan kiub ayam.
- Kacau 2 hingga 3 minit dan masukkan lada hitam dan cendawan, kacau lagi dalam 15 minit.
- Masukkan daun parsli, mentega, garam dan kacau lagi dalam 10 minit.
- Tepung dibancuh dengan air dan kacau supaya tidak berketul , kemudian tapiskan dalam periuk.
- Kacau sebati sup sampai menjadi pekat, reneh agak lama supaya masak sempurna.
GARLIC BREAD
BAHAN-BAHAN :
- Roti Perancis | dihiris (boleh juga guna roti biasa)
- 2 sudu makan mentega
- Secubit daun parsli
- 1 ulas bawang putih bakar sekejap | ditumbuk halus
CARA MEMASAK :
- Campur semua bahan dan sapukan atas roti.Letak atas kuali leper masak hingga garing dan keperangan.
- Hidangkan bersama sup cendawan.
Sumber : Yatie Yusof
FB Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Resipi Ayam Kicap Bercili. Sedap & Mudah Masak

Sedapnya Ayam Masak Kicap Bercili, resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Lauk yang cukup ringkas dan cepat disediakan. Ia adalah menu yang boleh disediakan pada bila-bila masa. Pagi, tengahari dan malam. Tidak kira waktu. Anak-anak pun suka bila lauk kicap begini. Jadi bagi anda yang teringin nak makan, cubalah resipi ni. Sangat sedap. Jom cuba!
RESEPI AYAM MASAK KICAP BERCILI PALING SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam – potong ikut suka
Garam & serbuk kunyit secukupnya
2- 3 kuntum bunga lawang – beli online disini
1 batang kulit kayu manis – beli online disini
1/2 cawan air asam jawa @ 1 keping asam gelugur
Sedikit kicap manis – beli online disini
2 cawan air
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh garam
1 batang serai – diketuk (jika ada)
1 1/2 senduk minyak masak
Sedikit bahan perasa
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
4- 5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu teh jintan manis
15 tangkai cili kering
BAHAN HIASAN:
1 biji bawang besar – potong bulat
10 biji cili padi
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ayam dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dan masukkan kayu manis dan bunga lawang.
3. Tumis bahan kisar dan serai hingga garing dan wangi.
4. Seterusnya masukkan kicap, gula dan air asam jawa atau asam keping. Tambahkan juga perasa.
5. Bila sudah betul-betul naik minyak, masukkan ayam yang telah digoreng dan air.
6. Bila kuah mula kering, masukkan pula hirisan bawang dan cili padi.
7. Sesuaikan rasa. Jika kurang masin, tambah sedikit kicap masin.
8. Ayam Masak Kicap Bercili sedia untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Koleksi Resipi Rendang Sedap & Mudah Untuk Sajian Tetamu Di Hari Raya

Masakan rendang cukup sinonim dengan masyarakat Melayu tatkala tibanya hari raya. Kalau tak ada sajian ni di musim perayaan, ibarat tak lengkap meja hidangan. Bagi anda yang masih tercari-cari resipi rendang yang mudah dan sedap, seleksi yang RASA kongsikan ni boleh dicuba. Bolehlah makan bersama lemang, ketupat. Makan dengan nasi pun sedap!
RESIPI PELBAGAI RENDANG ISTIMEWA SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI
1. RENDANG DENDENG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging pejal | dipotong agak besar
500gm bawang besar | dikisar
3-4 senduk cili kisar – beli online disini
1 keping asam gelugur – beli online disini
3 batang serai dititik
5cm halia | dititik
1 cawan kicap manis – beli online disini
750ml air rebusan daging
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk mengoreng daging dan menumis
CARA MEMASAK:
- Rebus daging di dalam periuk sampai empuk dan simpan air rebusan daging. Tos dan sejukkan.
- Hiris daging lawan urat (lebih kurang saiz 1”x1.5”). Tumbuk sekeping-sekeping daging yang telah dihiris dan perap daging yang ditumbuk dengan kicap selama 1 jam.
- Goreng daging dengan api sederhana dan toskan minyaknya.Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang dan cili kisar sehingga pecah minyak. - Masukkan serai, halia, asam gelugor dan air rebusan daging.
- Masukkan daging. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
- Angkat rendang dan siap untuk disajikan.
Info chef: Guna daging batang pinang untuk mendapatkan daging yang mudah empuk.
2. RENDANG TOK
BAHAN-BAHAN:
1kg daging
2 helai daun kunyit | dihiris halus
1 sudu makan ketumbar | disangai dan dikisar halus – beli online disini
1 sudu makan jintan manis | disangai dan dikisar halus – beli online disini
1 sudu makan jintan putih | disangai dan dikisar halus – beli online disini
1kg santan pekat
50gm gula Melaka
3 sudu makan kerisik – beli online disini
15ml air asam jawa
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm lengkuas
3cm halia
5 batang serai
5 sudu makan cili giling
1cm kunyit hidup
BAHAN TUMIS:
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga lawang
5 batang bunga cengkih
6 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
- Gaulkan daging bersama ketumbar, jintan manis dan jintan putih yang telah dikisar. Perap semalaman.
- Masukkan daging yang telah diperap ke dalam kuali. Masukkan sedikit air dan masak dengan api perlahan hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.
- Kemudian, panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar halus bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau atau pecah minyak.
- Selepas itu, masukkan daging dan gaul rata. Masukkan santan dan kerisik. Kacau tanpa henti dengan api yang kecil.
- Masukkan air asam jawa, gula Melaka, daun kunyit dan kacau hingga kering. Bila rendang sudah kering, barulah di tambah garam secukup rasa.
- Angkat rendang dan siap untuk disajikan.
Info chef: Enak dinikmati bersama lemang dan nasi impit. Bahkan ia juga boleh dinikmati bersama nasi.
3. RENDANG AYAM PENCEN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong sederhana besar, cuci bersih dan toskan
2 cawan pati santan
4 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit | dimayang halus
3 sudu makan kerisik
1 liter air
3 senduk cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
1cm lengkuas
1cm kunyit hidup
4 batang serai | dihiris halus
BAHAN-BAHAN TUMIS:
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan masak hingga harum.
- Tambah bahan kisar halus dan cili kisar. Tumis sehingga cili garing dan pecah minyak. Gunakan api yang kecil dan kacau selalu.
- Masukkan ayam, gaul rata dan masukkan air. Masak lama sehingga ayam menjadi empuk.
- Tuang santan dan kerisik kelapa. Biar mendidih secara perlahan sambil dikacau sekali sekala. Masukkan garam dan gula secukupnya.
- Apabila kuah menjadi pekat, masukkan daun limau purut dan daun kunyit yang dimayang halus. Kacau dan rasa. Pastikan rasa garam dan gula seimbang.
- Angkat rendang dan siap untuk disajikan.
Info chef: Ayam pencen perlu direbus sehingga empuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan santan dan bahan-bahan rencah yang lain.
4. RENDANG UDANG
BAHAN-BAHAN:
600gm udang harimau
2 helai daun kunyit | dihiris halus
2 senduk cili kisar
2 sudu makan gula melaka
Garam secukup rasa
1keping asam gelugur
1 cawan pati santan
2 sudu makan kerisik
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm halia
1cm lengkuas
2 batang serai | dihiris
2cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tambah bahan kisar halus dan cili kisar. Tumis hingga cili garing dan pecah minyak. Gunakan api kecil dan kacau selalu.
- Masukkan santan, kerisik, garam dan gula Melaka. Gaul rata. Bila mendidih, masukkan udang tadi bersama asam gelugur. Gaul rata dan masak hingga kuah menjadi pekat.
- Cuba dan pastikan rasa garam, gula dan masam seimbang. Tambah sedikit garam atau gula jika perlu.
- Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan gaul rata. Masak seketika.
Angkat rendang dan siap untuk disajikan.
Info chef: Boleh juga menggunakan udang galah.
5. RENDANG KERANG
BAHAN-BAHAN:
400gm isi kerang
1 keping asam gelugur
1 cawan pati santan
2 helai daun limau purut
3 helai daun kunyit |sehelai disiat, dua helai dimayang halus
2 sudu makan penuh rempah kari ikan
2 senduk cili kisar
2 sudu makan penuh gula melaka
1 1/2 sudu makan kerisik
4 ulas bawang merah | dihiris
1 ulas bawang putih | dihiris
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
7 ulas bawang merah
2cm halia
1cm lengkuas
3 biji buah keras | dihiris – beli online disini
3 batang serai | dihiris
10 biji cili padi siam | boleh kurang atau tambah jumlahnya
2cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Bancuh rempah kari ikan bersama-sama bahan kisar halus. Kacau rata hingga menjadi pes. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum dan keperangan. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.
- Tambah pes rempah dan kacau rata. Masak hingga rempah garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
- Masukkan isi kerang dan gaul rata. Tambah pati santan dan kerisik. Kacau dan masak hingga pekat. Tambah daun limau purut dan daun kunyit yang disiat. Gaul semua hingga rata, masak sekejap.
- Masukkan gula Melaka dan asam gelugur dan perasakan dengan sedikit garam. Kacau dan masak hingga rendang kering. Rasa dan pastikan rasa garam, gula dan masam seimbang.
- Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan gaul rata. Angkat rendang dan siap untuk disajikan.
Info chef: Isi kerang perlu dibersihkan dan dittos hingga kering sebelum dimasukkan ke dalam rendang.
6. RENDANG AYAM GAYA MINANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong sederhana besar, cuci bersih dan toskan
4 batang serai | dititik
2 cawan santan pekat
3 sudu makan kerisik
3 helai daun kunyit| dihiris halus
Beberapa helai daun limau purut | dibuang urat tengahnya
2 – 3 keping asam gelugur
2 sudu makan gula merah
Garam dan gula secukup rasa
1/2 kiub pati ayam – beli online disini
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN-BAHAN TUMIS:
5cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
5 biji cili merah | dibuang biji tengahnya
6 biji cili padi hijau dan merah
5cm halia
2cm lengkuas
5cm kunyit hidup
BAHAN-BAHAN DIBANCUH MENJADI PES:
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk cili – beli online disini
1 sudu makan serbuk lada hitam – beli online disini
Sedikit air
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Masukkan bahan tumis dan masak sehingga naik bau.
- Masukkan bahan kisar halus dan serai yang dititik. Masak sehingga kekuningan.
- Masukkan pes rempah dan kacau rata sehingga terbit minyak.
- Tambahkan santan, ayam dan kerisik. Tambahkan dua cawan air dan kacau perlahan. Masak sehingga kuah pekat.
- Masukkan kiub ayam, gula merah, gula putih, garam dan asam gelugur. Masukkan juga daun kunyit dan daun limau purut. Kacau rata.
- Biarkan ayam mereneh di atas dapur dengan menggunakan api sederhana. Selepas ayam masak dan kuah menjadi sedikit pekat.
- Angkat rendang dan siap untuk disajikan.
Info chef: Elak mengacau ayam dengan kerap kerana isi ayam akan hancur.
7. RENDANG DAGING PADANG
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging | dipotong ukuran sesuai, dibersih dan ditoskan
3 cawan santan pekat
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 cawan kelapa parut yang telah disangai
2 keping asam gelugur
2 kuntum bunga lawang
2 batang serai | dititik
3 helai daun limau purut
4 helai daun salam
1 helai daun kunyit
Garam dan gula secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
15 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
100gm cili kering – beli online disini
2cm halia
2cm lengkuas
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan-bahan kisar halus dan daging ke dalam kuali. Kacau perlahan dan tutup kuali. Masak sampai daging empuk dan air daging kering.
- Masukkan santan, lada sulah, serai, asam gelugur, bunga lawang, daun limau purut, daun salam, daun kunyit yang dicarik, garam dan gula. Kacau hingga rata.
- Setelah santan mendidih dan pecah minyak, kecilkan api. Campurkan kelapa parut sangai ke dalam rendang kemudian kacau lagi hingga rata.
- Kacau perlahan sehingga rendang berubah warna dan kuah pekat. Pastikan rasa garam, gula dan masam seimbang. Tambah sedikit garam atau gula jika perlu.
- Sedia untuk dinikmati.
8. RENDANG PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN:
2 ikat pucuk ubi | dibersihkan
1/2 kg santan pekat
3 keping asam gelugur
5 batang serai | dititik
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
100gm ikan bilis
2cm kunyit hidup
10 ulas bawang merah
10 biji cili api
CARA MEMASAK:
- Panaskan kuali dan masukkan bahan-bahan kisar halus, santan, serai, asam keping, garam dan gula secukupnya.
- Masak sehingga santan agak kering dan mengeluarkan minyak barulah dimasukkan pucuk ubi kayu tadi.
- Kacau sehingga kering dan pucuk ubi menjadi gelap dan garing.
- Angkat rendang dan siap untuk disajikan.
Info chef: Guna puck ubi yang muda untuk hasil yang enak.
9. RENDANG KIJING
BAHAN-BAHAN:
600gm isi kijing | direbus, dibuang kulit dan dibersihkan
2 helai daun kunyit | dihiris halus
1 liter air
2 senduk cili kisar
1 keping asam gelugur
1 cawan pati santan
2 sudu makan kerisik
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm halia
1cm lengkuas
2 batang serai | dihiris
2cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Tumis bahan kisar halus dan cili kisar hingga cili garing dan pecah minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa agar tidak hangit.
- Masukkan kijing dan air. Masak sehingga kijing menjadi empuk dan air kering.
- Masukkan santan, kerisik, asam gelugur, garam dan gula. Masak sehingga kuah pekat.
- Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan gaul rata.
Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Kijing adalah sejenis kerangan yang hidup di sungai. Ia biasanya mudah didapati di sungai Pahang.
10. RENDANG JANTUNG PISANG 
BAHAN-BAHAN:
1 biji jantung pisang bersaiz besar | dihiris kasar
2 cawan santan pekat
3 batang serai | dititik
2 sudu makan kerisik
1sudu makan air asam jawa pekat
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
15 tangkai cili kering
5 biji cili padi
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2cm halia
2cm lengkuas
Segenggam udang kering
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan-bahan kisar halus dan santan ke dalam kuali dan masak sehingga santan pecah minyak dengan menggunakan api sederhana.
- Kemdian masukkan jantung pisang, air asam jawa, serbuk lada hitam dan kerisik.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau sehingga sebati dan kering.
- Angkat rendang dan siap untuk disajikan.
Info chef: Jantung pisang perlu dihiris kasar bagi mengelakkan ia menjadi terlalu hancur ketika dimasak rendang.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official