Pertandingan Roti Canai Melayang SERI PELANGI Curi Tumpuan Di Rasa Layan Curry Fiesta 2025

Share

Rasa Layan Curry Fiesta 2025 menyaksikan satu lagi acara yang paling dinantikan ramai,  Pertandingan Roti Canai Melayang Tajaan SERI PELANGI. Bayangkan hanya dengan sekeping roti canai, pelbagai bangsa bersatu, ketawa bersama dan menyaksikan pelbagai aksi luar biasa yang tak disangka-sangka. Itulah suasana yang tercetus dalam Pertandingan Roti Canai Melayang anjuran SERI PELANGI, di mana bukan sahaja bakat dicungkil, malah kenangan manis tercipta bersama.

Acara pembukaan dimulakan dengan persembahan hebat dan padu gandingan Amir Hamzah Omar Juara Super Roti Man 2004 dan adik Amsyar melayangkan roti seperti sedang buat silap mata. Setiap kali roti diterbangkan padu sorakan penonton yang kagum dengan gaya mereka.

20 Peserta Beraksi Dengan Skil Tersendiri

Pihak penganjur, Majalah RASA tampil dengan pendekatan inklusif yang luar biasa di mana pertandingan dibuka kepada semua peringkat usia, lelaki dan wanita. Semua diberi ruang untuk menunjukkan bakat masing-masing.

Pertandingan dimulakan dengan kategori lelaki. Seramai 10 peserta lengkap berapron tampil penuh keyakinan di hadapan para juri dan penonton. Setiap peserta diberikan masa tiga minit untuk mempamerkan aksi ‘canai dan melayang’ terbaik mereka. Disusuli 10 peserta wanita menunjukkan skil terbaik mereka melayangkan roti.

Juri yang diwakili oleh Amir Super Roti Man dan Cik Fatin Sarjat, Ketua Pemasaran Delima Oil Products Sdn Bhd menilai berdasarkan skill menebar, kreativiti, kebersihan dan lambungan roti.

Apa yang menjadikan pertandingan ini lebih menarik ialah reaksi spontan penonton ada yang bersorak, ada yang ternganga teruja melihat roti canai ‘terbang’.

SERI PELANGI Sokong Tradisi & Warisan

Sebagai penaja utama, SERI PELANGI bukan sahaja menyediakan hadiah produk kepada peserta, tetapi juga menyuntik semangat warisan dalam acara ini. Pertandingan ini berjaya memperlihatkan bagaimana roti canai simbol budaya rakyat Malaysia diangkat ke satu tahap seni persembahan yang menghiburkan.

Sambil menunggu keputusan, tambah meriah apabila penyertaan pengunjung dalam kuiz interaktif tentang produk SERI PELANGI dan bagi yang berjaya menjawab soalan dengan tepat diberi hadiah tajaan SERI PELANGI. Memang berbaloi!

Hadiah Lumayan Menanti Pemenang

Saat yang dinantikan pun tiba bagi mengumumkan pemenang bagi pertandingan ini. Cik Fatin Sarjat, Ketua Pemasaran Delima Oil Products Sdn Bhd diiringi Puan Emma Masri selaku Editor Pengurusan Majalah RASA menyampaikan hadiah buat para pemenang.

Juara kategori Lelaki dan Wanita masing-masing membawa pulang wang tunai RM300 beserta produk eksklusif tajaan SERI PELANGI bernilai RM100, pemenang tempat kedua pula memenangi hadiah wang tunai RM200 beserta produk eksklusif tajaan SERI PELANGI bernilai RM80, manakala tempat ketiga membawa pulang hadiah wang tunai RM100 beserta produk eksklusif tajaan SERI PELANGI bernilai RM60. Bukan sekadar bergaya di gelanggang, tapi pulang dengan ganjaran lumayan.

SERI PELANGI, jenama marjerin No.1 di Malaysia

SERI PELANGI bukan lagi nama asing dalam dunia masakan tempatan. Lebih 20 tahun menjadi pilihan utama suri rumah, chef dan pengusaha bakeri di seluruh Malaysia, marjerin ikonik ini terus menambat hati dengan rasa, kualiti dan harga mampu milik.

Kini, SERI PELANGI tampil dengan kejutan baharu! Selepas bertahun-tahun hanya hadir dalam saiz 1kg dan 500g, mereka akhirnya melancarkan pek 200g yang lebih praktikal, fleksibel dan jimat ruang.

Kenapa Pek 200g Ini Jadi Rebutan?
✔️ Sesuai untuk rumah bujang & small household
✔️ Mudah dibawa untuk camping & travel
✔️ Tak membazir – cukup untuk kegunaan harian & baking kecil
✔️ Pek padat, senang simpan dalam peti sejuk
✔️ Kualiti rasa sama seperti pek besar!

Ramai pengguna berkongsi bahawa pek ini sangat ideal untuk mereka yang aktif di dapur tapi tak mahu pembaziran. Malah, ia juga memudahkan kerja masak-masak semasa bercuti atau outdoor.

Jadi tunggu apa lagi? Kalau anda belum cuba pek kecil terbaru ni, inilah masanya. Rasa tetap sama, cuma saiz lebih padat dan mudah bawa ke mana saja.

Memang best marjerin ni! Aroma wangi seakan mentega, tapi jauh lebih jimat. Paling menarik, tak perlu simpan dalam peti sejuk pun—mudah dan praktikal.Bebas kolesterol, kaya dengan Vitamin E, serta diperbuat daripada sumber tumbuhan yang berkualiti.

Nak masakan yang puas hati hasilnya, atau sekadar sapu roti untuk sarapan, SERI PELANGI Marjerin memang pilihan yang tepat. Rasa sedap, hasil mantap!

Sepanjang lima hari SERI PELANGI turut serta di Rasa Layan Curry Fiesta, pelbagai tawaran menarik dan promosi hebat menanti para pengunjung.Lebih menarik, pengunjung juga berpeluang menikmati minuman kordial segar yang dibancuh khas di booth Seri PELANGI. Memang berbaloi singgah, rasa, jimat dan nikmati sendiri keistimewaannya.

Terima kasih tak terhingga buat penaja Marjerin SERI PELANGI “Aroma wangi, memikat hati”. Memberi rasa dan hasil masakan yang memuaskan, pada harga yang berpatutan.

Published by
Putri