Makan

Pernah Tertanya Kenapa Nasi Hotel Sentiasa Gebu & Wangi?

Share

Masak nasi di rumah kadang kala  jadi lembik, kadang berderai macam kerikil halus. Tapi bila makan di hotel atau restoran, nasi dia elok aje… gebu, wangi, lemak dan sekata pula tu.

Apa rahsianya?  Sebenarnya, bukanlah sebab beras mahal sahaja, tapi sebab chef hotel ada teknik rahsia yang kita pun sebenarnya boleh tiru di rumah!

Jom RASA bongkar satu-satu

1.Guna Beras Yang Betul Untuk Masakan Yang Betul

Chef hotel tidak menggunakan satu jenis beras untuk semua hidangan. Chef biasanya akan pilih ikut jenis masakan:

Beras Basmathi :  panjang, ramping, dan wangi. Sesuai untuk nasi briyani & nasi Arab.

Beras Jasmine :  wangi  dan  sedikit melekit, paling sesuai untuk masakan Asia seperti nasi ayam dan nasi goreng.

Beras Parboiled : tak cepat lembik, hasilnya lebih pejal. Sesuai untuk buffet dan meal prep.

Beras Sushi : pendek dan melekit, khas untuk sushi dan rice bowl.

Petua masak orang tua kita dahulua biasanya ialah basuh beras 2–3 kali sampai air jernih. Ini untuk membuang kanji dan elak nasi jadi melekit tak tentu hala.

2. Rendam Dahulu Kemudian Baharu Masak

Chef hotel jarang masak beras terus lepas basuh. Mereka rendam dahulu beras selama 20–30 minit.

Apabila beras direndam, air serap sekata dan nasi akan jadi lebih lembut dan panjang bila dimasak. Ini sangat berkesan untuk beras Basmathi & Jasmine.

Tip Pro: Letak secubit garam dalam air rendaman, nasi jadi lebih sedap “dari dalam”.

3.Masak Guna Air Sahaja? Salah Tu…

Di hotel, chef tidak guna air paip kosong sahaja tau! Mereka “naikkan level” dengan:

  • Stok ayam/daging/sayur:  bagi rasa umami yang kaya
  • Santan:  lemak & berkrim, sesuai untuk nasi lemak, nasi dagang
  • Rempah & herba:  saffron, kayu manis, bunga cengkih, daun bay untuk aroma yang menyelerakan

Trik Hotel: Masukkan sehelai daun salam atau 2–3 bunga cengkih dalam periuk,  harumnya akan merebak satu rumah!

4. Sukatan Air  Kena Tepat!

Salah satu punca nasi tak menjadi kerana nisbah air dan beras tidak betul.
Jadi, ikut ni kaedah ini:

  • Beras Basmathi / Jasmine: 1 cawan beras = 1.5 cawan air
  • Beras Putih Panjang: 1 cawan beras = 2 cawan air

Guna cawan yang sama untuk sukat air dan beras  kerana konsitensi itu penting!

 Oleh demikian itu, nasi bukan sekadar pengalas lauk, tapi asas kepada rasa setiap hidangan. Kalau nasi pun tak menjadi, lauk sedap pun tak ‘kick’!

Admin RASA: Dengan petua ni, harapnya lepas ni nasi kat rumah pun dah boleh challenge hotel!

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Elina