Pernah Makan Rendang Siat? Rupa Macam Serunding, Tapi Rasa Rendang

Share

Rendang siat. Lebih kurang macam serunding, tapi rasa rendang. Daging direbus dalam santan cair dan sedikit garam, disiat-siat dan kemudian dimasak macam rendang hingga tahap kering yang diinginkan.

Sedap dihidang pada hari Raya dengan ketupat palas, lemang, pulut kuning / nasi impit. Buat inti pulut pun sedap. Alahai rindunya pada kampung!

Buat yang ingin membuatnya sempena Hari Raya Korban tidak lama lagi, bolehlah buat mengikut resipi daripada Ida Alina Salleh ini.

Buat inti sandwich dengan roti Gardenia sedap, makan dengan nasi panas sedap, cicah ubi rebus lagi sedap.

RENDANG SIAT

BAHAN-BAHAN:

1kg daging
1kg bawang merah besar (jika tiada, boleh juga guna bawang merah kecil) | dihiris
20 batang cili kering | direbus dan dikisar (kalau nak pedas, boleh letak banyak lagi) – beli online di sini 


800gm santan pekat
Garam & gula secukupnya
Kerisik (saya gunakan 1 biji kelapa dan buat sendiri) – beli online di sini
Daun kunyit @ daun limau purut | dihiris halus

BAHAN KISAR:

1 labu bawang putih – beli online di sini
Halia (sebesar ibu jari) – beli online di sini
5 batang serai (nak lebih pun boleh) – beli online di sini
3 bunga lawang – beli online di sini
5 bunga cengkih
5 butir buah pelaga
Sedikit kulit kayu manis
2 sudu kecil tiap satu: biji ketumbar, biji jintan putih, biji jintan manis
*kisarkan semua bahan di atas

CARA-CARA:

1.Daging direbus dalam santan cair dan sedikit garam hingga empuk. Bila dah sejuk. Siat-siat halus daging tu. Ada orang kata kalau daging lembut, boleh guna cake mixer nanti daging tu lerai.


2.Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing dan wangi serta pecah minyak.


3.Bila bahan kisar dah garing, masukkan cili kering yang dah direbus dan dikisar halus.


4.Bila cili dah garing, masukkan bawang hiris. Kacau sehingga bawang bersalut rempah dan menjadi lembut.


5.Bila bawang dah mula lembut dan wangi, masukkan santan pekat (saya guna santan pekat dan air santan lebihan rebusan daging).


6.Kacau hingga bawang menjadi lembut dan mula hancur. Rasa rempah ni. Tambah garam jika perlu dan sedikit gula.


7.Masukkan daging yang dah disiat. Kacau-kacau, masak lagi hingga bawang mula tak berapa nampak dan kuah makin mengering.


8. Masukkan kerisik (saya guna 1 biji kelapa) Kacau lagi. Bila dah masuk kerisik, jangan tinggal. Sebab rendang ni senang sangkut di kuali dan hangus. Kacau-kacau-kacau.


9.Bila dah mula kering, Masukkan hirisan daun limau purut. Nak masukkan hirisan daun kunyit pun boleh. Saya tak letak sebab stok daun kunyit dah habis.


10.Saya kacau hingga kering dan garing sebab nak simpan lama sikit. Siap!

*Yang nak makan saya ketepikan. Selebihnya saya simpan dalam freezer. Berbulan tahan. Keluarkan letak di luar lepas defrost, tak perlu panaskan balik. Makan pada suhu bilik saja.
*Saya suka buat garing sebab nak simpan. Ada yang suka lembab sikit. Terpulang pada selera masing-masing. Lagi selalu dipanas, semakin gelap dan garing.

Kredit resipi: Ida Alina Salleh

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN