Ads

Periuk Stainless Steel Kusam Kembali Berkilat, Hilangkan Kesan Tompokan Air Dengan Cuka!

periuk stainless steel

Periuk atau kuali stainless steel antara material perkakas dapur yang selamat digunakan dan menjadi pilihan ramai kerana tahan lama serta mudah dijaga. Namun, apabila kerap digunakan setiap hari, permukaannya boleh menjadi kusam, tidak lagi berkilat dan muncul kesan tompokan air, kesan hangus serta kotoran degil yang sukar ditanggalkan.

Jika di dapur ada menggunakan periuk jenis stainless steel, jangan risau kerana ada cara mudah untuk mengembalikan kilat asalnya hanya menggunakan cuka. Kaedah semula jadi ini sangat berkesan untuk membantu membersihkan kesan tompokan air, kesan hangus dan kotoran degil tanpa perlu menggunakan bahan pencuci mahal.

Periuk Stainless Steel Kusam Boleh Dibersihkan Dengan Cuka

Cuka putih memang terkenal sebagai bahan pembersih semula jadi yang sangat efektif. Kandungan asid ringan di dalam cuka mampu membantu melarutkan kesan mineral, minyak dan kotoran yang melekat pada permukaan periuk stainless steel.

Selain mudah digunakan, cara ini juga lebih selamat kerana tidak menggunakan bahan kimia yang keras. Malah, ia membantu mengekalkan permukaan periuk supaya terus berkilat dan tahan lama.

Bahan Diperlukan

  • 1/2 cawan cuka putih
  • 1/2 cawan air

Periuk Stainless Steel Kusam Kembali Berkilat, Hilangkan Kesan Tompokan Air Dengan Cuka!

Cara Membersihkan Periuk Stainless Steel Kusam

1. Masukkan Cuka Putih

Mula-mula, masukkan setengah cawan cuka putih ke dalam periuk atau kuali stainless steel yang ingin dibersihkan.

2. Campurkan Air

Kemudian campurkan dengan air menggunakan nisbah yang sama iaitu 1:1. Campuran ini membantu menanggalkan kesan kotoran dengan lebih mudah.

Ads

3. Panaskan Seketika

Selepas itu, panaskan campuran cuka dan air tersebut untuk beberapa minit. Namun jangan biarkan ia mendidih terlalu lama. Apabila sudah sedikit panas, tutup api dan biarkan ia sejuk terlebih dahulu sebelum dicuci menggunakan sabun seperti biasa.

4. Elakkan Berus Dawai Besi

Paling penting, jangan sesekali menggunakan berus dawai besi ketika mencuci periuk stainless steel kerana ia boleh menyebabkan permukaan tercalar dan hilang kilat asalnya.

5. Lap Hingga Kering

Selepas selesai mencuci, lap periuk menggunakan kain bersih dan kering. Langkah ini penting bagi mengelakkan kesan tompokan air atau water spots muncul semula pada permukaan periuk.

Ads
Periuk Stainless Steel Kusam Kembali Berkilat, Hilangkan Kesan Tompokan Air Dengan Cuka!
periuk stainless steel

Hasil Periuk Stainless Steel Kembali Berkilat

Siap! Dengan cara mudah ini, periuk stainless steel yang kusam tadi kembali bersinar dan lebih bersih. Segala kesan tompokan air, kotoran degil dan kesan hangus juga dapat dikurangkan dengan lebih mudah.

Tip ini sangat sesuai diamalkan secara berkala supaya perkakas dapur sentiasa nampak bersih, cantik dan tahan lebih lama.

Selamat mencuba!

Anda mungkin berminat dengan

Ads

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:    

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Kuih Tepung Gomak Lembut & Sedap, Resipi Tradisional Paling Mudah Buat

Kuih Tepung Gomak lembut dan sedap dengan inti kelapa manis memang sesuai untuk minum petang. Ikuti resipi tradisional mudah daripada Opah Mas Cotek ini.