Peria Telur Masin, Snek Penuh Khasiat

Share

Peria telur masin ini memang unik dengan rasanya yang tersendiri. Ia boleh dijadikan snek lebih sihat umtuk dinikmati seisi keluarga.

Peria memang memiliki rasa pahit yang mungkin menyebabkan ramai yang kurang mengemarinya. Namun, bagi yang mengetahui khasiatnya pasti akan tetap memakannya. Terdapat petua bagaimana hendak mengurangkan rasa pahit peria iaitu dengan merendamnya terlebih dahulu di dalam air garam.

Kali ini dikongsikan resipi Peria telur masin atau peria Crispy Salted Egg. Sedap tau! Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh sis Hanny Niera ini ye.

Peria Telur Masin

Bahan-Bahan:

1kg peria (hiris nipis)

 Air garam (½ sudu besar garam halus + 1 liter air)

Minyak masak secukupnya – boleh beli online di sini

Bahan Bancuhan Tepung Crispy:

200gram tepung beras – boleh beli online di sini

35gram tepung ubi kayu

1 biji Telur

1sudu teh bawang putih tumbuk – boleh beli online di sini

Sedikit perasa secukup rasa @garam halus 

 150ml air

Bahan Kuah Salted Egg:

60gram – 70gram serbuk salted egg

3 sudu makan  mentega – boleh beli online di sini

1 sudu besar bawang putih tumbuk – boleh beli online di sini

Sedikit cili api  potong (pilihan) – boleh beli online di sini

Sedikit daun kari (pilihan) – boleh beli online di sini

Cara Memasak Peria Telur Masin:

Peria dicuci bersih. Buang sedikit bahagian hujung atas dan bawah. Potong kepada beberapa bahagian kecil dan seterusnya keluarkan empulur peria.

Hiris nipis-nipis peria, seeloknya guna slicer. Kemudian rendam di dalam garam sekitar lima minit. Ketepikan.

Setelah itu, toskan air, cuci dan rebus peria tadi hingga air mendidih. Sekitar lima minit.  Angkat dan tapis.

Lalukan di bawah air mengalir. Rendam pula peria di dalam air biasa. Ketepikan.

Masukkan semua bahan untuk salted egg tadi ke dalam satu mangkuk dan gaul sekata. Setelah itu, masukkan peria ke dalam adunan.

Dalam masa yang sama, panaskan minyak. Apabila minyak betul-betul panas, tabur peria ke dalam minyak. Berhati-hati kerana minyak ini akan membuak berbuih-buih. Bila buih makin kurang bermakna peria telah ranggup. Angkat dan tos minyaknya. Ulangi proses hingga selesai.

Untuk membuat kuah salted egg, panaskan mentega seketika dan tumis bawang putih, daun kari dan serbuk salted egg. Kemudian tambah cili padi jika suka pedas.

Setelah itu, masukkan peria yang telah digoreng crispy tadi dan gaul sekata. Boleh tambah sedikit perasa serbuk lada putih dan gula jika perlu.

Siap resipi Peria Telur Masin ala Sis Hanny. Selamat mencuba!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

 

IKLAN