Perghh Merecik! Bertambah-Tambah Selera Dengan Sambal Belacan Thai Legend

Share

  

Rahsia resipi sambal belacan Thai adalah daun ketumbar, limau nipis dan sos nampla.

SAMBAL BELACAN THAI

  • *3 ulas bawang merah (bawang kecik)
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 inci belacan
  • Cili padi Thai merah dan hijau
  • 1 sudu besar gula
  • Sepohon ketumbar
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • 1 sudu besar nampla (sos ikan)

CARA MEMASAK:

  1. Bahan bertanda* cucuk lidi/garpu, salai atas dapur dengan kulit smpai layu. Selepas itu kupas kulit.
  2. Guna lesung, tumbuk cili padi Thai merah dan hijau.
  3. Masukkan bahan salai dan tumbuk bersama gula.
  4. Masuk sepohon ketumbar bersama akarnya sekali. Tumbuk lagi.
  5. Akhir sekali masukkan jus limau nipis & nampla. Kacau rata dan siap.

INFO: Lagi sedap makan dengan jering, pucuk ubi rebus dan ulaman yang lain.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Yuss Aisya

IKLAN