Marjerin dan mentega merupakan dua bahan asas penting dalam dunia masakan yang sering digunakan untuk pelbagai hidangan. Sama ada untuk menyediakan kek, biskut atau lauk pauk, kedua-duanya memainkan peranan besar dalam menentukan rasa dan tekstur makanan. Namun, tahukah anda bahawa terdapat perbezaan marjerin dan mentega yang ketara walaupun secara luaran kelihatan hampir sama?
Mentega diperbuat sepenuhnya daripada lemak haiwan, khususnya lemak susu. Ia mempunyai warna yang lebih pucat berbanding marjerin dan teksturnya lebih lembut apabila berada pada suhu bilik.
Kandungan vitamin di dalam mentega juga lebih tinggi seperti Vitamin A, E dan K yang tidak larut dalam air. Oleh sebab itu, mentega perlu disimpan di dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegarannya.
Dalam masakan, mentega sering digunakan untuk membuat kek, pastri, biskut dan pelbagai hidangan barat. Aroma dan rasa yang dihasilkan oleh mentega lebih kaya dan berlemak, menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang mengutamakan kualiti rasa.
Marjerin pula diperbuat daripada campuran lemak haiwan dan lemak sayuran. Warna marjerin biasanya lebih kuning berbanding mentega dan ia tidak mudah cair walaupun dibiarkan pada suhu bilik.
Dari segi kandungan, marjerin mengandungi sedikit vitamin berbanding mentega tetapi lebih mudah disimpan kerana tidak memerlukan suhu sejuk.
Marjerin sesuai digunakan untuk pelbagai resipi tempatan seperti kuih muih, kek tradisional dan nasi tumis. Malah, gabungan antara marjerin dan mentega boleh menghasilkan aroma yang lebih wangi serta rasa yang lebih seimbang dalam masakan.
Apabila resipi menyatakan penggunaan mentega, sebaiknya jangan digantikan dengan marjerin kerana ia boleh mengubah rasa dan tekstur makanan. Begitu juga sebaliknya — jika resipi memerlukan marjerin, gantian mentega mungkin menghasilkan hasil yang berbeza daripada yang dijangka.
Secara ringkasnya, perbezaan marjerin dan mentega terletak pada sumber lemak, rasa, warna, dan cara penyimpanan. Mentega memberi rasa asli dan tekstur lebih lembut, manakala marjerin menawarkan keanjalan serta ketahanan yang lebih baik pada suhu bilik. Pilihan antara kedua-duanya bergantung pada jenis masakan yang ingin disediakan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official