Perbezaan Antara Mentega dan Marjerin Yang Anda Perlu Tahu

Share

Marjerin dan mentega adalah dua bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan. Tidak kira sama ada untuk menyediakan kek, biskut mahupun lauk pauk, kedua-duanya mempunyai peranan penting dalam menyedapkan sesuatu masakan. 

Jika dilihat secara sekali imbas, mentega dan marjerin kelihatan tiada beza. Namun kedua-duanya sebenarnya mempunyai perbezaan. 

Oleh yang demikian, jika dalam sesuatu resipi menggunakan mentega, anda tidak digalakkan menggantikannya dengan marjerin dan begitulah sebaliknya kerana ia akan menghasilkan hasil yang tidak seperti dijangka.

Antara perbezaannya adalah:

 

MENTEGA

foto: cnbc.com
  • Diperbuat daripada lemak haiwan iaitu lemak susu.
  • Berwarna lebih pucat berbanding marjerin.
  • Dari segi tekstur, mentega lebih mudah lembut dan cair pada suhu bilik.
  • Mempunyai kandungan vitamin yang lebih tinggi
    seperti Vitamin A, E, K yang tidak larut dalam air.
  • Cara penyimpanannya adalah perlu disimpan di dalam peti sejuk
    .
  • Sesuai digunakan untuk memasak makanan barat, menumis sup pekat, membuat kek, pastri dan sebagainya.

 

MARJERIN

foto: paramdairy.com
  • Diperbuat daripada kombinasi lemak haiwan dan lemak sayuran.
  • Marjerin mempunyai warna yang lebih kuning berbanding mentega.
  • Boleh dibiarkan agak lama pada suhu bilik tanpa merubah teksturnya.
  • Mengandungi kurang vitamin berbanding mentega.
  • Marjerin boleh disimpan diluar tanpa perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  • Sesuai digabungkan bersama mentega untuk menghasilkan nasi tumis yang enak, membuat biskut, kek-kek tradisional, kuih muih dan lain-lain.
IKLAN